Ini Senarai 25 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH

Syarikat pengelola haji th

Ini Senarai 25 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH

KUALA LUMPUR — Sebanyak 25 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikat Lembaga Tabung Haji (TH),  Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1445 Hijrah (H)/2024 Masihi (M).

Pengarah Eksekutif Haji TH, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pelantikan 25 PJH tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi Musim Haji 1445H yang dikendalikan TH setiap tahun.

“Tahun ini, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota Jemaah Haji Malaysia, yang merupakan jumlah kuota penuh sepertimana yang diluluskan pada musim haji yang lalu. Justeru, TH telah menyerahkan lesen PJH kepada syarikat yang benar-benar layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Berikut adalah senarai 25 Syarikat Pengelola Jemaah Haji 1445H/2024M;

Tambah Syed Saleh, TH mengingatkan syarikat pelancongan Islam yang lain agar memberi komitmen penuh untuk bersama-sama membendung penipuan perkhidmatan pakej haji.

“Adalah menjadi satu kesalahan syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995, Akta 535.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH sekali lagi ingin mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta tersebut,” ujarnya sewaktu majlis penyerahan lesen PJH di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, bakal jemaah haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat sekiranya belum menerima surat tawaran menunaikan haji.

BACA JUGA: Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

“Insya-Allah, surat tawaran menunaikan haji akan dikeluarkan sedikit masa lagi.

“TH berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.

“Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu mengerjakan haji menggunakan visa haji dan tidak menggunakan visa pelancong yang salah dari sisi peraturan Arab Saudi demi menjaga keselamatan jemaah sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

“Semua wakil PJH pada majlis tersebut telah diberi taklimat mengenai Terma dan Syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1445H/2024.

“Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh disemak di laman web rasmi TH (http://www.tabunghaji.gov.my). Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-62071919,” kata Syed Saleh lagi.

Sumber: Tabung Haji (TH)

The post Ini Senarai 25 Syarikat Terima Lesen Pengelola Jemaah Haji Daripada TH appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*