Baru Selesai Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Dalam Kemalangan 

Lelaki maut beli cincin

Baru Selesai Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Dalam Kemalangan 

KEMAMAN — Dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT) dekat Kerteh, malam Sabtu, seorang lelaki dilaporkan maut manakala pasangannya parah, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, mangsa berusia 24 tahun berasal dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman.

Akibat mengalami beberapa kecederaan parah pada bahagian badan, lelaki itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala bakal tunangnya, 21, yang merupakan penduduk dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun mengalami kecederaan parah.

Susulan itu, wanita berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Lelaki Maut Selepas Selesai Beli Cincin Pertunangan

Difahamkan, selepas selesai membeli cincin bagi majlis pertunangan mereka, lelaki berkenaan dalam perjalanan untuk menghantar bakal tunangnya pulang ke rumah.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka terlibat dalam kemalangan itu sekitar jam 11 malam.

“Kedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk dan terbalik. Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian,” maklumnya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA: Pasangan Guru SMAPK Maut, Anak Cedera Kemalangan Di LPT2

Kereta Dipandu Tunang Terjunam Dalam Parit

Sebelum ini, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandu oleh tunangnya terjunam ke dalam parit berhampiran  Jalan Chui Chak- Langkap, lapor Sinar Harian.

Mangsa berusia 29 tahun disahkan maut di lokasi kejadian. Manakala tunangnya, berumur 30 tahun dan adik perempuan mengalami kecederaan.

Difahamkan, kesemua mereka disyaki dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampung Gajah, Perak dengan menaiki kereta jenis Honda Civic berwarna hitam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 6.28 petang.

“Setibanya di lokasi, lelaki berkenaan telah dikeluarkan oleh orang awam manakala dua wanita masih berada dalam kenderaan terbabit.

“Pemeriksaan mendapati mereka tidak tersepit dan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa terus digerakkan,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Baru Selesai Beli Cincin Pertunangan, Lelaki Maut Dalam Kemalangan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*