“Islam Tidak Menyuruh…” Ibu Syamsul Yusof Kongsi Nasihat Poligami

ibu syamsul kongsi nasihat poligami

“Islam Tidak Menyuruh…” Ibu Syamsul Kongsi Nasihat Poligami

Ibu pengarah terkenal tanah air, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkongsi nasihat mengenai poligami melalui Instagram Story pada Isnin hingga menarik perhatian warganet.

Nasihat itu diambil daripada Instagram majalah Nona, menekankan topik poligami dalam sudut Islam yang berkemungkinan berkait dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Hantaran itu ringkas, namun isinya padat dengan nasihat yang juga boleh diguna pakai oleh orang ramai selain anak lelakinya sendiri, Syamsul.

“Islam tidak menyuruh berkahwin lebih daripada seorang, tetapi membenarkannya dengan bersyarat.

“Poligami yang memecah belahkan itu bukan mengikut sunnah,” memetik Instagram Story Patimah.

Semenjak kemelut rumah tangga anaknya berlaku, Patimah antara individu yang sentiasa memberi sokongan kepada Puteri Sarah  dengan menyatakan kesalahan Syamsul di khayalak ramai.

Dia juga sering memberi reaksi terhadap setiap perkara yang melibatkan menantunya itu dan membidas suara-suara awam daripada pihak ketiga.

Gambar: Instagram Story Datin Patimah

Semalam, Puteri Sarah memfailkan penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, selepas hampir sembilan tahun mendirikan berumah tangga.

Menurut Puteri Sarah, mereka berdua sudah tidak mempunyai persefahaman dan boleh mendatangkan kemudaratan sekiranya berpanjangan.

“Saya percaya oleh kerana tiada persefahaman antara kedua-dua pihak, maka jika diteruskan mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kami, khususnya diri saya, emosi saya dan anak-anak. Oleh itu, saya mohon mahkamah meluluskan permohonan perceraian ini,” katanya.

Dia turut berkata poligami itu indah jika seorang suami itu berlaku adil, tetapi setelah ditipu Puteri Sarah merasakan penceraian merupakan jalan terbaik untuk dia dan suaminya.

“Tapi disebabkan saya ditipu dan beliau tidak minta izin (untuk berkahwin lain), jadi saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk saya.

“Saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik sebelum ini dan telah berbincang dengan keluarga serta berjumpa ustaz dan ustazah untuk menyelesaikan masalah,” kata Puteri Sarah yang turut memaklumkan beliau berbincang dengan keluarga sebelum memfailkan perceraian.

Sumber: Patimah Ismail via Instagram

BACA: Puteri Sarah Fail Cerai Terhadap Syamsul Yusof

The post “Islam Tidak Menyuruh…” Ibu Syamsul Yusof Kongsi Nasihat Poligami appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*