OP Carilamat Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Di Bachok

kanak-kanak dikhuatiri lemas di bachok

OP Carilamat Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Di Bachok

BACHOK, 5 Mac (Bernama) — Seramai 44 pengawai dan anggota polis, Jabatan Bomba, Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai Kemayang di sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata Op Carilamat berkenaan telah diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kuantan pada 8.30 pagi tadi.

“Operasi untuk mengesan mangsa, Ahmad Fadhlullah Mohamad yang dikatakan memakai baju dan seluar panjang berwarna hitam, turut dibantu orang awam termasuk keluarga mangsa.

“Antara aset terlibat setakat ini untuk mencari mangsa adalah sebuah bot Maritim Perkasa 33 milik APMM, sebuah bot aluminium milik JBPM dan sebuah RHIB bot milik APM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Nor Adli berkata agensi yang terlibat juga akan membantu membuat pencarian di sekitar pesisir pantai manakala bot Maritim Malaysia akan melaksanakan pencarian sekitar perairan.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Bachok

Sebelum ini, media melaporkan eorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang tergelincir di Pantai Kemayan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi, mangsa Ahmad Fadhlullah Mohamad, 12, belum ditemukan selepas cuba menyelamatkan Muhammad Nabil Irfan Ismail Mokhtar, 11, yang tergelincir dari benteng batu di pantai terbabit.

“Ketika kejadian, Muhammad Nabil dipercayai tergelincir jatuh ke laut dan melihat situasi itu Ahmad Fadhlullah dan kakaknya Nurul Afiqah, 19, terjun untuk menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, Muhammad Nabil akhirnya dapat diselamatkan tetapi Ahmad Fadhlullah hilang dibawa ombak besar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sumber: BERNAMA

BACA: Kanak-Kanak Lelaki Hilang Di Sungai Ditemukan Lemas

The post OP Carilamat Kanak-kanak Dikhuatiri Lemas Di Bachok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*