Bawa Balik Telekung Ke Korea, Ibu Maryam ‘Durian Kimchi’ Ingin Belajar Solat

maryam durian kimchi ibu solat

Bawa Balik Telekung Ke Korea, Ibu Maryam ‘Durian Kimchi’ Ingin Belajar Solat

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial terkenal, Maryam Younarae atau Maryam ‘Durian Kimchi’ berkongsi pengalaman ibunya bercuti di Malaysia.

Menerusi Instagramnya @maryamyunrr, Maryam memuat naik aktiviti-aktiviti seharian mereka berdua, termasuk bertemu dengan keluarga mertuanya.

Dalam satu video yang menjadi tular di media sosial, Maryam turut sempat bertindak sebagai penterjamah untuk memudahkan komunikasi antara ibunya dengan ibu mertuanya.

Baru-baru ini, Maryam memaklumkan bahawa percutian ibunya di negara ini sudah pun berakhir dan berangkat pulang semula ke Korea Selatan.

Dalam hantaran yang dibuat di IG, Maryam meluangkan masa bersama ibunya di Putrajaya sebagai aktiviti terakhir sebelum mereka ‘berpisah’ sementara.

Bersama hantara tersebut, Maryam turut memuat naik dua keping gambar, salah satunya dengan imej ibu menyarungkan telekung.

Menurut Maryam, gambar tersebut diambil selepas  selesai menunaikan Solat Subuh berjemaah di sebuah masjid.

“Hari terakhir. Ibu ikut kami pergi Solat Subuh di masjid. Alhamdulillah dan Insha-Allah. Omma juga bawa balik telekung Maryam untuk perlahan-lahan berlajar mengenai solat di Korea Selatan.

”Doakan ibu saya,” kata Maryam.

Dalam pada itu, Maryam turut berkongsi rasa hiba untuk berpisah dengan ibu selepas meluangkan masa beberapa hari bersama.

“Untuk tiga tahun lepas, saya menetap di negara ini seorang diri tanpa keluarga kandung. Di sini, saya menjalani kehidupan sebagai seorang ibu kepada anak perempuan.

”Ketika saya menjadi ibu yang memberikan segala-galanya dan mencurahkan kasih sayang kepada anak perempuan saya, ibu datang menziarahi saya.

”Saya juga adalah anak perempuan kepada seorang wanita. Saya menyedari jaya juga memerlukan kasih sayang ibu seperti anak perempuan saya memerlukan kasih sayang daripada ibunya.

”Dapat saya rasakan ikatan hubungan kekeluargaan apabila saya berkongsi perasaan gembira, gelak tawa dan memori bersama ibu.

”Saya tidak menangis sebelum ini apabila berpisah dengannya namun hari ini, saya menangis. Saya rasa saya keseorangan semula namun saya berjanji, saya akan menjadi lebih tabah sehingga dapat bertemu dengannya sekali lagi,” kata Maryam.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Maryam mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda rakyat Malaysia, Ryzal Ibrahim pada 2019 di Korea Selatan. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Rina yang kini berusia setahun lebih.

BACA: Pakailah Sabun Warna Apa Pun, Buih Tetap Warna Putih, Kenapa? Ini Jawapannya

Sumber: (@maryamyunrr) via Instagram

The post Bawa Balik Telekung Ke Korea, Ibu Maryam ‘Durian Kimchi’ Ingin Belajar Solat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*