Dua Maut, 11 Cedera Dalam Nahas Di Jalan Gerik-Baling

dua maut 11 cedera

Dua Maut, 11 Cedera Dalam Nahas Di Jalan Gerik-Baling

GERIK — Dalam satu kemalangan melibatkan sebuah van dan kereta di Jalan Gerik-Baling awal pagi tadi mengakibatkan dua orang maut manakala 11 lagi cedera, lapor Astro Awani.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pada jam 2.32 pagi, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian.

“Setibanya jentera di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah (van) Toyota Hiace dan sebuah kereta jenis Perodua Kenari yang melibatkan 13 mangsa.

“Dua daripadanya disahkan maut di lokasi oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Sabarodzi, mangsa yang tersepit terpaksa dibawa keluar menggunakan peralatan menyelamat oleh anggota bomba.

BACA JUGA: Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kokurikulum

Difahamkan, seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta dan seorang kanak-kanak lelaki disahkan maut dalam nahas itu.

Mangsa yang cedera pula terdiri daripada tiga lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki yang berada di dalam van.

Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa oleh pihak ambulan KKM. Manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai mangsa belum diperoleh setakat ini.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulhelmi Bahari ditamatkan pada jam 5.51 pagi .

Nahas Segamat: Enam Beranak Maut

Terdahulu, negara digemparkan dengan kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza di Jalan Segamat-Kuantan di Jalan Segamat-Kuantan awal September lalu.

Memetik Bernama, dalam nahas yang berlaku pada jam 6.37 petang telah mengorbankan enam beranak.

Mangsa yang terkorban adalah pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah,10; dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.

Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu

Sumber: Astro Awani

The post Dua Maut, 11 Cedera Dalam Nahas Di Jalan Gerik-Baling appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*