Kementerian Pertahanan Serius Isu Disiplin Anggota

Merujuk kepada satu laporan polis bertarikh 21 Julai 2023, yang viral di platform  media sosial berkaitan dakwaan seorang individu dipercayai anggota tentera yang  mendakwa bahawa beliau dan beberapa orang rakannya telah didera secara fizikal  oleh anggota senior di sebuah Kem di Sungai Petani, Kedah.

Kementerian Pertahanan melalui Tentera Darat Malaysia telah mengarahkan  pasukan agar siasatan dalaman dilaksana dan dipantau bagi mengenalpasti mereka  yang terlibat. Kes juga telah diserahkan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM)  untuk tindakan seterusnya.

Kementerian amat memandang serius mengenai isu dera di kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana  pihak yang terlibat serta terbukti bersalah sama ada secara langsung atau tidak di  dalam kes seumpama ini. Tindakan tegas juga akan diambil terhadap warga ATM  sama ada individu atau mana-mana pihak yang sengaja mengeluarkan atau membuat  dakwaan palsu sehingga boleh mencemarkan nama baik Kementerian Pertahanan  dan ATM.

Kes ini masih dalam siasatan lanjut pihak PDRM. Justeru itu masyarakat dinasihatkan ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang  boleh menjejaskan proses siasatan.

The post Kementerian Pertahanan Serius Isu Disiplin Anggota appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*