Bawah Paras Beku, Utara Vietnam Catat Suhu Bawah -1°C Pagi Tadi

Vietnam membeku

Bawah Paras Beku, Utara Vietnam Catat Suhu Bawah -1°C Pagi Tadi

Suhu di kawasan Mau Son (Lang Son), Vietnam dilapor berada pada -1 °C dengan hujan renyai turut direkodkan, lapor Vitenam Express.

Manakala beberapa kawasan lain di Hanoi dan kawasan Delta pula mencatatkan suhu dibawah 10 darjah celsius.

Cuaca suhu sejuk ini turut dicatatkan di kawasan seperti Tam Dao (Vinh Phuc) dan Dong Van (Ha Giang) dengan suhu 2°C.

Manakala di wilayah Sa Pa (Lao Cai) dan Trung Khanh (Cao Bang) pula, suhu yang direkodkan adalah sekitar 3°C.

Di wilayah Moc Chau (Son La), portal berita tempatan itu melaporkan suhu serendah 4°C telah dicatatkan.

Selain itu, kawasan di Delta Sungai Merah mencatatkan suhu serendah 9-10°C. Stesen pengukur Ha Dong menunjukkan suhu di kawasan itu berada pada tahap 10°C  dan Phu Lien (Hai Phong) pula pada 8°C.

Dalam pada itu, Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Vitenam melaporkan kebanyakan kawasan di utara negara itu mencatatkan suhu sejuk dibawah 10 darjah celsius.

Menurut Vietnam Express, suhu ini direkodkan dari kawasan tertutup iaitu di bawah khemah ramalan pusat tersebut.

Suhu yang dirasai di kawasan luar mungkin lebih rendah sebanyak 2 hingga 3°C.

Puncak gunung yang tinggi mula membeku

Difahamkan, bermula petang semalam ais mula terbentuk di beberapa kawasan di puncak Phia Oac (Cao Bang) yang terletak pada ketinggian 1,913 meter.

Menjelang sebelah petang pula, lapisan nipis ais juga terbentuk di puncak Mau Son.

Kedua-dua puncak gunung itu dikatakan terus ‘membeku’ pada malam tadi setelah hujan renyai mulai turun.

Hujan yang turun menyebabkan menyebabkan suhu turun di bawah sifar.

Beberapa kawasan gunung yang lain juga dikatakan berkemungkinan akan mengalami situasi yang sama bermula hari ini.

Sementara itu, Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Vitenam berkata bahawa musim sejuk akan berlangsung sehingga 25 Januari depan.

Jabatan itu juga meramalkan bahawa kawasan-kawasan di Delta Utara berkemungkinan akan mencatatkan suhu terendah antara 1 hingga 7°C.

Cuaca sejuk yang sedang terjadi ini merupakan fasa kedua yang pernah direkodkan dalam tahun 2023 dan 2024.

Pada fasa pertama antara 17 hingga 27 Disember lalu, Mau Son dilaporkan mencatatkan suhu terendah dalam tempoh dua hingga lima tahun.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: Vietnam Express, Facebook/ ASEAN Skyline

The post Bawah Paras Beku, Utara Vietnam Catat Suhu Bawah -1°C Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*