Berjurai Air Mata, Abah Tak Dapat Tahan Sebak Kucing Kesayangan Mati

abah kucing kesayangan

Berjurai Air Mata, Abah Tak Dapat Tahan Sebak Kucing Kesayangan Mati

Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan haiwan berbulu seperti kucing, bukan sahaja dapat ditemui di merata tempat, malah binatang itu juga dibela dan diberikan kasih sayang sama seperti manusia.

Kucing boleh dikatakan mempunyai titik lembut atau dalam bahasa Inggeris, soft spot buat kita, lebih-lebih lagi pencinta kucing yang sangat menyayangi haiwan itu. 

Perginya haiwan kesayangan itu, hilang juga separuh nyawa dan situasi tersebut digambarkan sama seperti kehilangan orang tersayang, di mana hati menjadi hancur, bersepai apabila mendapat tahu si bulus telah pergi buat selamanya.

Seperti satu video yang menyayat hati, menunjukkan seorang ayah yang selama ini tidak pernah menangis, yang sentiasa kuat akhirnya tewas mengeluarkan air mata jantan apabila kucing kesayangannya mati.

Rakaman yang dimuat naik oleh @mattop_55 di TikTok, memaparkan lelaki yang dikenali Abah menangis tanpa mengeluarkan rengekan sambil menanam kucing kesayangannya, Louis.

Kata orang, menangis tanpa suara adalah kesedihan yang paling sakit pernah dirasai, kemungkinan itu yang dirasakan oleh Abah susulan pemergian Louis merobek hati kecilnya.

Sebak melihat situasi tersebut, apatah lagi Abah yang sedang merasai kehilangan itu menanam Louis sambil meleraikan tanah-tanah berkenaan.

BACA: Pernah Diberi Tugas ‘istimewa’ Di Kapal, Ini Sejarah Kucing Dengan Tentera Laut

“Pertama kali tengok Abah menangis macam ini…”

Kredit: @mattop_55/TikTok

@mattop_55 berkata, dia pertama kali melihat Abah menangis seperti itu, di mana nangis teresak-esak sehingga mata menjadi bengkak.

“Kucing kesayangan Abah pergi untuk selamanya. Pertama kali tengok Abah nangis macam ini,” katanya.

Hanya perkataan maaf yang terpacul dari mulut Abah sepanjang dia menanam Louis.

“Abah banyak kali minta maaf sambil kebumikan Louis,” tulisnya dalam video itu.

Abah dilihat bermonolog sendirian, kemungkinan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Louis telah pergi buat selama-lamanya.

Sambil memecahkan tanah itu menjadi ketulan yang kecil, air matanya tidak henti mengalir seperti air terjun yang deras.

Kredit: @mattop_55/TikTok

Abah yang tidak dapat menahan sebak, hanya mampu menangis dalam diam sambil tangannya mengorek tanah dan meletakkannya di atas badan Louis.

Mungkin tubuhnya lemah longlai tidak bertenaga, Abah duduk sambil melunjurkan kaki semasa melakukan sesi pengebumian itu.

Suara esakan didengari di segenap video itu, menandakan pemergian Louis memberi impak besar dalam diri Abah.

Kejadian itu membuatkan warga maya berasa sebak kerana dapat merasai kesakitan yang dirasai oleh Abah.

Kucing bukanlah sekadar haiwan buat mereka yang cintakan kucing, malah ia juga digelar keluarga. Hilang mereka, hilang juga separuh nyawa.

@mattop_55

Kucing kesayangan abah pergi untuk selamanya. First time tengok abah nangis macam ni😭#fyp #pecintakucing

♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

Sumber: @mattop_55/TikTok

The post Berjurai Air Mata, Abah Tak Dapat Tahan Sebak Kucing Kesayangan Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*