Lelaki Maut Diserang Jerung Ketika Berenang

Lelaki Maut Di Pantai New Caledonia

Lelaki Maut Diserang Jerung Ketika Berenang

Seorang lelaki dilapor maut dalam serangan jerung ketika berenang berhampiran pantai yang sesak di wilayah New Caledonia Pasifik Perancis pada Ahad, memetik laporan The Independent.

Lelaki berkenaan merupakan pelancong yang berusia 59 tahun dikatakan berenang kira-kira 150m dari pantai Chateau-Royal yang popular di ibu negara Noumea sebelum dia diserang.

Lebih mengerikan, mangsa dipercayai digigit beberapa kali dan mengalami kecederaan di tangan dan kakinya. Susulan itu, orang awam dan perkhidmatan kecemasan juga dikatakan cuba menyelamatnya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. Malah, dua orang pelayar yang berada berhampiran insiden tersebut bergegas kembali ke pantai.

Bagitu juga dengan perenang yang lain, mereka terus bertindak untuk mengosongkan kawasan air bagi menyelamatkan diri sendiri.

Lelaki Maut Di Pantai New Caledonia
Kredit: France1 via Yahoo News

Paramedik, Vincent Ouradou mengatakan mangsa telah digigit sekurang-kurangnya tiga kali pada lengan dan kakinya, malah pihak responden menghabiskan masa hampir 40 minit untuk menyelamatkan mangsa.

“Ia berlaku begitu hampir dengan pantai, mangsa yang malang itu terapung dengan badan terbalik apabila pasukan penyelamat sampai.”

“Terdapat darah di mana-mana, kami dapat melihatnya dari pantai. Begitu juga dengan orang ramai yang berada di dalam air pada ketika itu malah, pantai itu baru sahaja dibuka beberapa hari lalu,” kata seorang saksi.

Datuk Bandar, Sonia Lagarde mengarahkan penutupan kebanyakan pantai di lokasi kejadian dan menggesa untuk menangkap jerung yang berkeliarkan di kawasan itu.

Tambahan pula, dron juga dikerahkan untuk mengesan kedudukan jerung tersebut manakala polis tempatan menyiasat keadaan serangan tersebut.

Bagaimanapun, dua ekor jerung telah dikesan sejurus sebelum operasi dihentikan pada waktu malam.

Lelaki Maut Di Pantai New Caledonia
Kredit: France1 via Yahoo News

Sebelum ini, insiden yang sama berlaku (tidak sampai sebulan) apabila seorang perenang berusia 49 tahun cedera parah dalam serangan jerung berhampiran pantai Chateau-Royal.

Malah, beberapa hari kemudian, seorang peluncur turut diserang ikan jerung namun bernasib baik kerana sempat melarikan diri tanpa sebarang kecederaan yang dihadapi.

Menurut Muzium Sejarah Alam Florida, New Caledonia yang terletak 1,207 km dari Australia menduduki tempat ke-13 di dunia untuk jumlah serangan jerung terbanyak.

Sementara itu Presiden Wilayah Selatan New Caledonia, Sonia Backes berkata, “Fikirannya tertumpu kepada keluarga mangsa yang menyaksikan kejadian itu (berlaku di depan mata). Ada kanak-kanak kecil yang terkejut dengan apa yang mereka lihat,”

Dalam satu kenyataan, Backes mengumumkan untuk memansuhkan jerung (tiger and bull shark) yang telah lama diperdebatkan di rantau ini.

Malah pada 2019, majlis Noumea telah disenarai hitam daripada spesies yang dilindung dalam usaha mengurangkan serangan.

Sumber: The Independent 

The post Lelaki Maut Diserang Jerung Ketika Berenang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*