Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Changkat Jering Ke Kuala Lumpur Jual Sayur Kampung

wanita jual sayur

Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Changkat Jering Ke Kuala Lumpur Jual Sayur Kampung

TAIPING — Minat dalam bidang perniagaan tidak menghalang seorang wanita untuk meredah perjalanan melebihi ratusan kilometer dari Changkat Jering demi menjual sayur kampung segar di Kuala Lumpur, lapor Sinar Harian.

Siti Norol Salwani Ismail, 29, yang hanya menunggang motosikal berkata dia menikmati setiap perjalanannya ke Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada setiap Sabtu.

Dia yang bekerja sebagai penghantar makanan menjual pelbagai jenis sayuran segar seperti petai, pucuk paku, pucuk ubi, bayam brazil, nangka muda, durian belanda, jering dan ulam-ulaman.

Maklum Salwani, perniagaan itu dimulakan sejak Julai 2023 dan dia menjangkakan ia bakal mendapat sambutan hangat dari penduduk di kawasan tersebut.

Gambar: Sinar Harian Via Siti Norol Salwani

“Idea menjual ini secara spontan apabila terbeli pucuk paku yang sudah tua, ulam-ulam tidak segar selain harga yang mahal.

“Saya teruskan perancangan berpindah ke Bukit Gantang dan berulang-alik setiap Sabtu untuk menjual sayur. Sayur-sayur ini dikutip sendiri dan beli daripada penduduk,” ujarnya sewaktu dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, dia memperolehi kira-kira RM300 sehari menerusi jualan sayur-sayur kampung itu.

“Tidak kekok sebenarnya menunggang motosikal kerana hampir 10 tahun tinggal di Kuala Lumpur. Empat bulan ulang-alik dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur.

“Sepanjang berniaga, ada yang menasihatkan untuk jual di kampung sahaja, tak berbaloi kerana jarak jauh dan sebagainya tetapi saya ‘enjoy‘ berniaga sambil menyara kehidupan bersama anak,” jelasnya lagi.

BACA: Kereta Selalu Lekat Dalam ‘Traffic Jam’ Perlu Kerap Tukar Minyak Enjin? Ini Penjelasan Pakar

Walau bagaimanapun, motosikal kapcai jenis Honda Dash yang dibelinya sejak 2018  itu sering ‘meragam’ dan susulan itu, usaha wanita muda berasal dari Bachok, Kelantan itu dalam mencari rezeki tersekat pada November lalu.

Sokongan Daripada Suami

Gambar: Sinar Harian Via Siti Norol Salwani

Mengulas lebih lanjut, Salwani berkata dia menerima galakan daripada suaminya, Hazimin Radzi, 34, untuk meneruskan minatnya dalam pekerjaan itu.

Lebih-lebih lagi, dia baru sahaja baru mendirikan rumah tangga kali kedua Jumaat lalu.

“Sekarang saya berniaga nasi kerabu dan laksam, kadang kala ada juga menerima tempahan. Usaha mengumpul deposit motosikal dilakukan sedikit demi sedikit bagi menggantikan motosikal lama.

“Saya mahu beli Yamaha LC secara ansuran. Dapat motosikal baru ini mungkin saya akan teruskan berniaga ulam-ulam di Kuala Lumpur seperti biasa,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

The post Wanita Sanggup Ulang-Alik Dari Changkat Jering Ke Kuala Lumpur Jual Sayur Kampung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*