Lelaki Terkejut, Jumpa Ular Besar Belit Ikan Haruan Ketika Memancing

pemuda rampas ikan mulut ular

Lelaki Terkejut, Jumpa Ular Besar Belit Ikan Haruan Ketika Memancing

Memancing merupakan antara hobi utama rakyat Malaysia. Bagi mereka yang merupakan kaki pancing, hobi ini menawarkan peluang untuk lari sebentar daripada kesibukkan dunia.

Di Malaysia, terdapat pelbagai lokasi yang boleh dijadikan port memancing oleh kaki pancing. Sungai-sungai besar dan panjang di setiap negeri, kawasan tasik semula jadi atau buatan dan sawah padi. Selain itu parit kecil dan tali air serta lautan yang terbentang luas menjanjikan pengalaman berbeza bagi setiap kaki pancing.

Aktiviti memancing juga menawarkan cabaran dan pecutan adrenalin yang berbeza-beza. Bertarung dengan ikan besar, keterujaannya juga besar. Dapat ikan kecil, mood pun jadi kecil juga. Kalau kumpau, itu lain cerita.

Antara ikan-ikan yang biasa diburu kaki pancing antara adalah ikaun baung, ikan keli, haruan, sebarau, tengas, toman, siakap, kerapu dan banyak lagi.

Dalam pada itu, ketika memancing kaki pancing juga boleh berdepan dengan pelbagai situasi tidak terduga. Selain bertemu dengan entiti tidak diingini, kaki pancing juga berisiko bertemu dengan haiwan liar dan berbisa.

Selalunya, apabila bertemu dengan haiwan liar atau berbisa, kita pasti mengelak atau cuba melarikan diri. Itu normal kerana itu adalah reflek semula jadi seorang manusia. Sentiasa mahu mengelak situasi bahaya, kan?

Namun yang pasti, setiap kaki pancing sudah tentu pernah terserempak dengan ular. Tak kisahlah dimana pun lokasi anda memancing, sekali seumur hidup pasti pernah bertembung dengan haiwan ini.

Disebabkan ular boleh ditemui di dua-dua kawasan, baik di kawasan kering atau kawasan lembap, maka peluang untuk kaki pancing bertemu dengan ular memang tinggi.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang kaki pancing Ceo Buaya Darat (@_kame_777_) yang berkongsi pengalamannya bertemu ular.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut, ular berkenaan dipercayai ular guni buruk. Dalam video berdurasi 2.44 minit itu, ular berkenaan memiliki saiz yang agak besar.

Hati Kering, Pemuda Nekad 'Rampas' Ikan Keli Dari Mulut Ular
Kredit: TikTok

Ketika ditemuinya, ular berkenaan dilihat sedang membelit seekor ikan haruan, yang dipercayai adalah juadah ular tersebut ketika itu.

Anda boleh saksikan video kejadian dibawah.

@_kame_777_

Replying to @Gold LoveršŸ’› kite curi ikan die.. yg penting xkumpaušŸ¤£

ā™¬ original sound ā€“ Ceo buaya darat ā€“ Ceo buaya daratšŸŠ

BACA: ā€œBukan Kemahiran Bercakap, Tapiā€¦ā€, Rafizi Dedah ā€˜Rahsiaā€™ Nak Jadi Pendebat Yang Bagus

Sumber: @_kame_777_ via TikTok

The post Lelaki Terkejut, Jumpa Ular Besar Belit Ikan Haruan Ketika Memancing appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*