Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Konsert Coldplay yang berlangsung semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil masih menjadi perbualan warga maya hingga ke saat ini.

Untuk makluman semua, konsert berkenaan merupakan konsert penutup jelajah Coldplay: Music of the Spheres World Tour untuk tahun ini.

Menelusuri gambar-gambar menerusi kiriman pengunjung konsert semalam, setiap tempat duduk seakan-akan memiliki satu butir ‘bintang’ yang menyinari dalam gelap.

Keadaan itu seterusnya telah membentuk kanvas permandangan yang menarik dalam stadium.

Tahukah anda bahawa ‘bintang’ tersebut merupakan gelang tangan yang dipakai oleh pengunjung yang hadir dalam konsert berkenaan?

Gelang tangan yang dikenali sebagai Xyloband merupakan satu inovasi baru untuk memberikan pengalaman interaktif kepada para pengunjung konsert.

Menariknya, penciptaan inovasi ini memiliki hubungan yang rapat dengan band asal British itu.

xyloband coldplay
Kredit: Xyloband

Demi peminat, Coldplay ingin tawar kelainan dalam persembahannya

Pada asalnya, Coldplay mahu untuk menawarkan satu kelainan dan inovasi baharu dalam konsert jelajahnya Mylo Xyloto pada 2011 hingga 2012.

Justeru, pencipta Xyloband, Jason Regler ketika itu mendapat idea untuk menghasilkan gelang tangan interaktif yang turut mengandungi lampu LED.

Selepas itu, pihak Regler telah mendapat peluang untuk mengadakan ujian dalam satu pertunjukan Coldplay yang dihadiri oleh 16,000 orang.

Dalam satu pertunjukkan (juga merupakan tapak pengujian) di Madrid, sebanyak 16,000 utas gelang tangan telah diprogram secara berasingan.

Gelang tangan ini diprogram agar menyala pada waktu yang sama serta bersesuaian dengan efek cahaya dan ‘mood’ lagu yang disampaikan.

Menurut laman web rasmi Xyloband, kesan pencahayaan daripada gelang tangan ini di lokasi konsert sangat mengagumkan.

Susulan itu, pihaknya telah membangunkan gelang tangan LED yang dikawal melalui gelombang radio dan memiliki enam warna cahaya yang berbeza.

Menurut Xyloband, sebanyak 2.4 juta unit telah dipesan bagi memenuhi keperluan konsert jelajah yang berlangsung untuk 60 buah pertunjukan.

xyloband coldplay
Kredit: Xyloband
Penciptaan Xyloband bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung ‘menjadi sebahagian’ dengan petunjukan secara langsung

Selepas mengadakan ujian, pencipta Xylobands telah mendapat maklum balas daripada penyanyi utama Coldplay iaitu, Chris Martin.

Vokalis yang menjadi pelantun suara bagi lagu hit, Yellow (2000) mengatakan bahawa cahaya yang dihasilkan sangat cantik.

Susulan itu, Xyloband telah meraih pujian dan pengiktirafan global, khususnya pengunjung dan pihak yang terlibat dalam industri muzik dan hiburan.

Sungguhpun gelang tangan ini berfungsi seperti lightstick yang sering digunakan dalam konsert K-Pop, pengunjung tidak boleh memilikinya secara mutlak.

Pengunjung konsert biasanya akan diberikan gelang berkenaan sebelum konsert bermula dan perlu memulangkannya semula selepas konsert tamat.

Gelang-gelang berkenaan dipercayai akan digunakan di lokasi-lokasi konsert seterusnya pula.

Jadi pendek kata, walaupun cantik cahaya yang dipancarkan, gelang-gelang tersebut bukanlah milik pengunjung konsert. Gelang itu harus dipulangkan kepada penganjur semula.

Malah, pada sesetengah gelang, sudah tertera arahan yang meminta pengunjung memulangkan gelang tersebut selepas konsert tamat.

BACA: Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Sumber: Xyloband

The post Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*