Bayi Lelaki Lahir Dengan Dua Zakar Gemparkan Pakar Perubatan

bayi dua zakar

Bayi Lelaki Lahir Dengan Dua Zakar Gemparkan Pakar Perubatan

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan dua zakar telah menggemparkan pakar perubatan, lapor Mirror UK.

Menurut Mirror UK, kedua-dua zakar bayi tersebut berkemungkinan boleh digunakan.

Kelahiran itu dikaitkan dengan kelahiran yang dinamakan sebagai kes diphalia rare yang terjadi dalam nisbah satu daripada enam juta bayi di seluruh dunia.

Kebiasaannya bayi akan menjalani pembedahan untuk membuang salah satu daripada alat kelamin tersebut.

Namun bagi kes ini, pakar bedah meninggalkan kedua-dua alat kelamin itu dan tidak menjelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

Bayi itu juga dilaporkan boleh membuang air kecil “dari kedua-dua alat kelaminnya” dengan salah satu zakar lebih besar 1cm daripada yang lain.

Oleh disebabkan lahir tanpa dubur, pakar bedah juga melakukan kolonoskopi supaya bayi dari Pakistan itu boleh membuang najis.

Jurnal perubatan baru-baru ini mendedahkan anomali kes itu, dengan nota kelahiran menunjukkan bayi yang tidak dinamakan itu telah dibedah sebaik sahaja dilahirkan.

Ia terbukti berjaya walaupun jurnal perubatan mencatatkan terdapat risiko kematian yang lebih tinggi disebabkan oleh keadaan yang jarang berlaku tersebut.

Hanya 100 kes diphallia yang pernah direkodkan dalam sejarah manusia.

Yang terbaru adalah bayi lelaki yang dilahirkan selepas 36 minggu. Kelahiran bayi itu telah menjadi salah satu contoh kes yang menunjukkan “phallus terbentuk dengan baik”.

Bayi lelaki itu dirawat di Hospital Kanak-kanak di Institut Sains Perubatan Pakistan selepas ibu bapanya membawa bayi itu ke jabatan kecemasan hospital sejurus dilahirkan.

Imbasan menunjukkan bayi mempunyai satu pundi kencing

Imbasan mendedahkan bahawa bayi itu mempunyai satu pundi kencing yang melekat pada dua uretra, yang bermakna ia mampu kencing dari kedua-dua zakar miliknya.

Pakar bedah juga telah bertindak mengalihkan satu hujung kolonnya melalui lubang bawah kiri perutnya agar membolehkan bayi itu untuk membuang air besar.

BACA: Guna Dua Bahan Je, Wanita Kongsi Cara Hilangkan Bahan Kimia Pada Buah Anggur

Bayi tersebut telah dipantau selama dua hari selepas pembedahan dilakukan ke atasnya.

Bayi itu juga telah dikeluarkan dari hospital dan temu janji susulan telah diaturkan oleh pihak hospital.

Sehingga kini tidak jelas bagaimana diphallia berlaku dan tiada risiko sebagai punca yang diketahui oleh pakar. Tetapi ia dikesan berlaku secara kebetulan sewaktu alat kelamin berkembang di dalam rahim.

Pesakit boleh mempunyai diphallia yang lengkap, apabila kedua-dua zakar berkembang dengan baik, atau diphallia separa apabila satu zakar lebih kecil atau cacat.

Sumber: Mirror UK

The post Bayi Lelaki Lahir Dengan Dua Zakar Gemparkan Pakar Perubatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*