Bayi Maut Dipercayai Ditindih Ibu Ketika Menyusu

bayi ditindih ibu

Bayi Maut Dipercayai Ditindih Ibu Ketika Menyusu

SULAWESI SELATAN — Seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia selepas tidak sengaja ditindih oleh ibunya ketika menyusu di dalam kereta di Makassar semalam.

Memetik Kompas.com, Ketua Polis Perhubungan Awam Panakkukang, Aipda Ahmad Halim berkata kejadian itu berlaku sewaktu ibu mangsa tertidur.

Tambahnya, wanita itu mengaku berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu kejadian ekoran ‘tertidur’.

Kejadian itu hanya disedari oleh suaminya selepas memeriksa tubuh anaknya, maklum Detik.news.

Jelas Halim siasatan kini sedang dijalankan berhubung kes itu. Manakala kedua-dua ibu bapa akan dipanggil untuk memberikan keterangan lanjut bagi membantu kes itu.

Sementara itu, sebahagian penduduk kampung turut dipanggil untuk membantu siasatan.

Bayi ditindih ibu

“Kami akan menjalankan pemeriksaan ke atas kedua-dua mereka untuk mengetahui puncanya. Jenazah bayi itu dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Makassar untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Difahamkan, keluarga berkenaan merupakan salah satu mangsa banjir di kompleks perumahan Bumi Tamalanrea Permai (BTP) Makassar.

Susulan itu, bapa bayi tersebut mengambil keputusan untuk berteduh di dalam kereta ekoran kediaman mereka dinaiki air.

Tambah ketua keluarga itu, dia bekerja sebagai pemandu teksi dalam talian.

“Sementara rumah dinaiki banjir, isteri dan anak saya tinggal di dalam kereta,” katanya.

BACA JUGA: Qatar Derma 10,000 Kabin Piala Dunia Kepada Mangsa Gempa

Terdahulu, seorang bayi perempuan berusia 18 hari meninggal dunia akibat dihimpit lengan bapanya secara tidak sengaja sewaktu tidur dalam kejadian pada 2021 , lapor Daily Mail.

Kejadian itu berlaku di Manchester, United Kingdom.

Pada awalnya, ibu bapa mangsa telah melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa bahawa bayi berkenaan ditemui maut di atas katil.

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut mengaku  bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan tercekik akibat dihimpit lengan ayahnya ketika tidur bersama.

Punca kematian disebabkan hypoxia, yang mana saluran udara tersumbat hingga menyebabkan kecederaan pada otak mangsa, maklum pihak patologi.

Kes itu telah dibicarakan di Mahkamah. Namun, difahamkan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.

Sumber: Kompas.com, Detik.com

The post Bayi Maut Dipercayai Ditindih Ibu Ketika Menyusu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*