Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat, Uri Ditemukan Dalam Tong Sampah

bayi perempuan masih bertali pusat

Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat, Uri Ditemukan Dalam Tong Sampah

MELAKA, 25 Ogos (Bernama) — Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata bayi masih bertali pusat dan uri itu dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 10.30 malam.

Beliau berkata sebelum itu, anak remaja lelaki pesara itu yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.

“Pesara lelaki berusia 50 tahun itu kemudian pergi ke tong sampah tersebut dan menemukan satu beg plastik putih serta mendengar suara mencurigakan disyaki suara bayi baharu dilahirkan.

“Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Christopher berkata pihak Hospital Melaka tiba ke balai berkenaan kira-kira 11.10 malam bagi membuat pemeriksaan kesihatan bayi tersebut dan memotong tali pusat serta urinya.

Beliau berkata tiada kecederaan ditemukan pada badan bayi itu dan bayi terbabit kini ditempatkan di Wad Nurseri Penjagaan Rapi Hospital Melaka.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran.

Sumber: BERNAMA

The post Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat, Uri Ditemukan Dalam Tong Sampah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*