Lelaki Kemurungan, Termakan Sup Berlauk Kaki Tikus Berbulu Dan Berkuku Panjang

sup kaki tikus

Lelaki Kemurungan, Termakan Sup Berlauk Kaki Tikus Berbulu Dan Berkuku Panjang

Sebuah restoran di Michigan berdepan dengan tuntutan mahkamah selepas seorang lelaki mendakwa bahawa dia menemui kaki tikus dalam sup semasa makan di restoran tersebut, lapor Mirror.

Lelaki berusia 54 tahun itu berkata, ketika kejadian dia bersama rakan-rakannya sedang menjamu selera di restoran tersebut pada 11 Mac lalu antara 6.00 hingga 6.30 petang.

Ketika sedang menjamu selera, dia merasakan sesuatu yang tidak kena dengan hidangan sup yang dihidangkan kepadanya.

“Saya merasakan ada sesuatu menusuk mulut saya. Saya tidak pasti, namun perkara yang pertama terlintas di fikiran saya adalah jarum. Namum ketika saya keluarkan benda tersebut, ternyata ia adalah kaki tikus yang berbulu dan berkuku panjang,” kata lelaki itu.

Katanya, ketika dia mengeluarkan benda asing tersebut, dia terus muntah di dalam restoran berkenaan.

“Saya muntah dan terus bersandar ke dinding sebaik sahaja saya menyedari bahawa benda itu berada di dalam mulut saya dan saya mengunyahnya,” tambah lelaki itu.

Sewaktu pengurus restoran dipanggil, mereka mengatakan bahawa pengurus itu tidak pasti apa yang perlu dilakukan oleh mereka.

Mereka menawarkan untuk mengeluarkan kaki tikus tersebut dari dalam hidangan sup berkenaan.

Ekoran kejadian itu, lelaki tersebut kemudiannya menghubungi Jabatan Polis Warren dan segera ke pusat rawatan kecemasan bagi mendokumentasikan kejadian itu.

“Saya pergi ke doktor dan mendapat suntikan tetanus serta beberapa ubat antibiotik kumur,” jelas lelaki itu lagi.

Selang beberapa hari selepas kejadian tersebut, peguam lelaki itu berkata bahawa dia mengalami kemurungan yang melampau.

Trauma dengan penemuan kaki tikus tersebut

Lelaki itu dikatakan trauma untuk makan di luar melainkan melihat sendiri bagaimana makanan itu disediakan.

Sejak peristiwa itu juga, lelaki tersebut dikatakan telah berhenti daripada memakan makanan berasaskan daging.

Sementara itu, rangkaian restoran terkenal itu menyelar dakwaan yang dikemukan oleh lelaki tersebut.

Cubaan restoran tersebut untuk mencapai kata sepakat di luar mahkamah bersama lelaki itu bagaimanapun gagal selepas mangsa memfailkan tuntutan mahkamah.

BACA: Viu Buat Showcase Percuma 31 Ogos, Boleh ‘Meet & Greet’ Artis Termasuk Bunkface & MK K-Clique

Menurut NBC15, pemeriksaan oleh jabatan kesihatan tidak berlaku sehingga dua hari selepas penemuan kaki tikus tersebut.

Laman berita tempatan melaporkan bahawa jurucakap restoran itu berkata, pemeriksaan kesihatan sudah dijalankan.

Pemeriksaan itu bagaimanapun tidak menemui sebarang pelanggaran atau masalah dengan tikus di restoran tersebut.

Sumber: Mirror

The post Lelaki Kemurungan, Termakan Sup Berlauk Kaki Tikus Berbulu Dan Berkuku Panjang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*