Beberapa Buah Sekolah Antarabangsa Sekitar Selangor & KL Terima Ancaman Bom

ancaman bom sekolah antarabangsa

Beberapa Buah Sekolah Antarabangsa Sekitar Selangor & KL Terima Ancaman Bom

Beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dilaporkan telah menerima ancaman bom hari ini, lapor Sinar Harian.

Perkara berkenaan turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.

“Siasatan masih dijalankan dan dipercayai ia adalah satu ancaman palsu,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu Datuk Allaudeen berkata bahawa dua sekolah di Kuala Lumpur turut menerima ancaman yang sama.

Dua sekolah antarabangsa yang terletak di Wangsa Maju itu dikatakan telah menerima ancaman itu menerusi hantaran emel.

Susulan ancaman tersebut, Unit Pemusnah Bom telah dikerahkan dan pemeriksaan lanjut sedang dilakukan.

Sebelum insiden tersebut dilaporkan, satu mesej berkaitan ancaman bom itu telah tular di media sosial organisasi sekolah antarabangsa yang terlibat.

Difahamkan, emel berkaitan ancaman bom itu telah diterima oleh pihak sekolah antara 9.30 pagi dan 10.15 pagi tadi.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Sinar Harian

The post Beberapa Buah Sekolah Antarabangsa Sekitar Selangor & KL Terima Ancaman Bom appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*