Beijing Sahkan Belon Terbang Melintasi Amerika Latin Dari China

belon dari china

China mengesahkan pada Isnin bahawa belon yang dikenal pasti oleh Washington dan Bogota yang terbang di ruang udara Amerika Latin adalah dari negaranya.

Perkara itu disahkan selepas peranti tersebut ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (US) pada hujung minggu lalu.

Seperti yang dilapor AFP melalui NDTV, Pentagon berkata pada Jumaat, bahawa belon pengintip yang disyaki dari China itu dilihat berterbangan di seluruh benua Amerika Latin.

Tentera Udara Colombia kemudiannya melaporkan objek dengan ciri yang serupa dengan belon itu telah dikesan dan dipantau sehingga ia meninggalkan ruang udara negara.

Belon tersebut diterbangkan kerana ia sedang menjalankan siasatan mengenai penyelarasan dengan negara dan institusi lain untuk menentukan asal-usul objek tersebut, menurut sumber Tentera Udara Columbia.

Sementara itu Kementerian Luar Beijing pada Isnin berkata objek tersebut datang dari China dan bersifat ‘awam’ yang digunakan untuk ujian penerbangan.

“Belon tersebut telah terjejas dengan cuaca selain gerakannya yang terhad, kapal udara itu menyimpang jauh dari arah yang dijangkakan dan secara tidak sengaja memasuki ruang udara Amerika Latin dan Caribbean.

“China adalah sebuah negara yang bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi undang-undang antarabangsa,”  kata jurucakap Mao Ning dalam sidang akhbar.

Dalam pada itu, Beijing berkata pihaknya telah berkomunikasi dengan pihak berkaitan mengenai perkara tersebut.

“Kami telah berkomunikasi dengan pihak berkaitan dan mengendalikan dengan sewajarnya. Perbincangan tersebut juga tidak akan menyebabkan sebarang ancaman kepada mana-mana negara,” katanya.

Lawatan dibatalkan

Pengesanan belon lain oleh US menyebabkan pembatalan lawatan China yang dirancang oleh Setiausaha Negara US Antony Blinken, yang sepatutnya tiba di Beijing pada Ahad.

China menyuarakan kemarahan pada Ahad kerana belon tersebut telah ditembak, yang sebelum ini ditegaskan ia adalah pesawat pengawasan cuaca tanpa pemandu yang telah menyimpang dari landasan.

Sebelum ini, media melaporkan US telah menembak jatuh objek yang dikenali ‘belon pengintip China’ yang dikesan di pantai Carolina Selatan di US.

Tindakan menembak itu diarahkan oleh Presiden US Joe Biden dan telah mencetuskan ketegangan diplomatik.

Sumber: AFP via NDTV

BACA: Berjaya Tembak Jatuh, AS Cari Serpihan Belon Pengintip China

The post Beijing Sahkan Belon Terbang Melintasi Amerika Latin Dari China appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*