Tiga Premis Kerajaan Di JB Terima E-Mel Ancaman Bom – Polis

premis kerajaan bom

Tiga Premis Kerajaan Di JB Terima E-Mel Ancaman Bom – Polis

JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) — Tiga premis kerajaan di kawasan Johor Bahru Selatan disahkan telah menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu yang sama, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata e-mel yang diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

Beliau berkata satu daripada tiga premis kerajaan yang menerima e-mel tersebut adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum di sini.

“Setakat ini di daerah Johor Bahru kami telah menerima tiga laporan polis daripada premis kerajaan yang mengatakan mereka menerima e-mel yang sama.

“Nampaknya pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai pemeriksaan keselamatan di Menara MBJB di sini hari ini.

Terdahulu, Raub dilaporkan berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di kesemua 22 tingkat Menara MBJB dan tidak mengesan sebarang objek mencurigakan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Hampir 10 Kawasan Berisiko Runtuh Di Kuala Balah

The post Tiga Premis Kerajaan Di JB Terima E-Mel Ancaman Bom – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*