Karim Benzema Tunai Umrah Lepas Pindah Ke Saudi

benzema tunai umrah

Karim Benzema Tunai Umrah Lepas Pindah Ke Saudi

Pemain bola sepak Perancis, Karim Benzema yang bermain untuk kelab Saudi Al Ittihad dilapor sedang mengerjakan umrah di Masjidil Haram, Makkah, lapor Arab News.

Difahamkan, berita itu telah dikongsi olehnya secara eksklusif di media sosial di mana beliau memaparkan video dirinya sedang berjalan berdekatan dengan Kaabah pada Isnin lalu.

Sambil memakai ihram (pakaian putih), Benzema merakam video itu semasa melakukan tawaf.

Dia turut mengatakan dirinya sangat gembira berada di tanah suci itu.

“Masya-Allah, terbaik dari yang terbaik. Alhamdulillah,” katanya dalam video tersebut.

Video itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai sejurus beliau memuat naik berkongsi dengan 20.5 juta pengikutnya.

Ini merupakan kali kedua dia menunaikan umrah. Sebelum ini, dia mengerjakan umrah pertama pada tahun 2016.

Bekas penyerang Real Madrid dan pemenang Ballon d’Or itu menyertai Al Ittihad semasa jendela perpindahan musim panas pada Jun.

Difahamkan juga, dia mengikat kontrak tiga musim di Al-Ittihad yang dianggarkan bernilai RM985 juta setahun.

Benzema setakat ini telah bermain empat perlawanan dengan skuad ‘Harimau Jeddah’ dan berjaya menjaringkan tiga gol.

Sementara itu, pemain bola sepak Al Nassr yang baru ditandatangani, Sadio Mane turut menunaikan ibadah umrah hanya beberapa jam selepas penampilan sulungnya untuk kelab itu pada Khamis, 3 Ogos lepas.

BACA: Karim Benzema Ikat Kontrak 3 Tahun Di Al Ittihad

Mane telah dirakam dalam video tular, bersama beberapa rakan sepasukannya yang beragama Islam termasuk kapten RC Lens Seko Fofana, memetik Khaleej Times.

Kelab bola sepak di Arab Saudi telah menandatangani beberapa bintang utama bermula dengan Cristiano Ronaldo tahun lalu.

Kemudian, diikuti dengan Benzema, Jordan Henderson dan Mane pada tahun ini.

Kelab itu juga difahamkan mahu mengambil Kylian Mbappe dan Lionel Messi, namun tawaran itu ditolak oleh mereka.

Liga Pro Saudi dikatakan bertekad untuk berjaya dan akan terus menarik beberapa nama terbesar dalam bola sepak, menurut salah seorang eksekutif tertingginya.

Selain Ronaldo, Al Nassr juga telah menandatangani pemain tengah Croatia, Marcelo Brozovic, pemain pertahanan Brazil Alex Telles dan pemain tengah Ivory Coast Seko Fofana.

Sumber: Arab News, Khaleej Times

The post Karim Benzema Tunai Umrah Lepas Pindah Ke Saudi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*