Guna Satu Bahan Je, Ini Cara Cuci Ayam Agar Tetap Segar 

ayam merah petua

Guna Satu Bahan Je, Ini Cara Cuci Ayam Agar Tetap Segar 

Sekiranya membeli bahan masakan, sudah tentunya kita mahukan yang segar dan pilih barangan yang berada dalam keadaan baik kerana mahu memastikan apa yang ditelan adalah baik dan tidak memberi kemudaratan kepada kesihatan.

Umum mengetahui, barangan basah seperti ayam, ikan, udang dan lain-lain akan menjadi tidak segar selepas ia disimpan dalam tempoh waktu yang lama.

Disebabkan itu, kita akan mula membuangnya kerana bimbang ia akan menyumbang kepada penyakit atau keracunan makanan pada masa hadapan.

Kadang-kadang, kerana keperluan kerja kita tidak mempunyai waktu untuk memasak. Oleh sebab itu, barangan basah itu dibiarkan tersimpan di dalam peti sejuk beku buat masa yang  panjang.

Pun begitu, ada cara untuk memastikan barangan basah itu menjadi segar semula sekiranya menggunakan cara yang dikongsi oleh Rohaida Ieda di Facebook.

Menerusi perkongsian yang dibuat, dia menunjukkan cara untuk memastikan ayam kembali segar setelah lama dibiarkan atau ditinggalkan di dalam peti sejuk beku.

Cara yang dikongsi itu amat mudah kerana tidak memerlukan banyak bahan dan juga masa.

Hanya melakukan beberapa langkah sahaja, ayam tersebut akan kembali segar dan boleh dimasak untuk orang tersayang.

Mari ikuti langkah mudah di bawah ini.

BACA: Mudah Je Rupanya Nak Buat, Ini Resipi Nasi Ayam Claypot Sedap Macam Kat Kedai 

Petua ayam kembali segar

Kredit: Rohaida Ieda/Facebook

Yang pertama, ambil sedikit garam dan gaulkan ayam yang telah dicuci.

Kemudian, biarkan selama lima minit.

Cuci ayam seperti biasa.

Selepas itu boleh dilihat isi ayam akan kembali kemerahan dan nampak segar.

Rata-rata orang ramai mengatakan tips tersebut amat berguna selepas mencubanya di rumah. Mereka turut berkongsi tips yang sama dengan penambahan bahan seperti cuka dan juga tepung gandum.

Penggunaan tepung gandum dan cuka digunakan untuk membuang bau hanyir ayam yang melekat pada kulit binatang itu.

Hasil perapan menggunakan garam itu, isi ayam terlihat seperti baru dibeli  di pasar dan tidak seperti tersimpan lama di dalam peti sejuk beku.

Sumber: Rohaida Ieda/Facebook

BACA: Dah Buang Tangkai Letak Bahan ‘Rahsia’ Ni, Cara Simpan Cili Padi Dalam Peti Sejuk, Jadi Tahan Lama

The post Guna Satu Bahan Je, Ini Cara Cuci Ayam Agar Tetap Segar  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*