Bekas Pemain MU, Patrice Evra Galak Non-Muslim Berpuasa, Kongsi Kelebihan

patrice evra galak berpuasa

Bekas Pemain MU, Patrice Evra Galak Non-Muslim Berpuasa, Kongsi Kelebihan

Sering melakukan ibadah puasa, bekas pemain pertahanan Manchester United (MU) Patrice Evra mengajak orang bukan Islam untuk berpuasa kerana ia memberi manfaat kepada tubuh badan.

Evra berkata bulan Ramadan disifatkan sebagai bulan mulia kerana ia memberi impak positif terhadap kesejahteraan rohani serta meningkatkan kesihatan fizikal.

Dalam satu perkongsian video, Evra dengan pakaian lengkap yang kelihatan seperti jubah menjelaskan kepada orang ramai kebaikan atau faedah berpuasa selama sebulan.

Menurutnya, bulan puasa membantu seseorang individu itu untuk menurunkan kolesterol yang membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Ia juga secara beransur-ansur mengurangkan risiko mengalami penyakit jantung seperti serangan jantung atau strok.

“Bahagian yang paling menarik, sekiranya anda meneruskan diet yang sihat selepas tamat Ramadan, kadar kolesterol akan menurun dan ia memudahkan untuk mengatasi ketagihan anda.

“Ketagihan adalah tabiat buruk yang boleh datang dalam pelbagai bentuk. Ramadan adalah peluang untuk meninggalkan (ketagihan) seperti merokok dan makan makanan manis,” katanya.

Evra berpendapat bahawa badan secara tidak langsung akan menyesuaikan diri sehingga ketagihan itu berkurangan.

Kemudian, dia menjelaskan dengan berpuasa ia membantu dalam mengekalkan berat badan ideal dan tidak seperti melakukan diet yang melampau.

Ia bermaksud, penurunan berat badan akan berlaku dalam kadar yang cepat tetapi ia juga akan naik secara mendadak.

“Tetapi perkara ini tidak berlaku semasa anda berpuasa. Ia mengurangkan seseorang untuk mengambil makanan berlebihan,” ujarnya.

Ramadan bantu lawan kemurungan

Gambar hiasan: BERNAMA

Dalam pada itu, bekas pertahanan yang berusia 41 tahun tersebut juga menegaskan bahawa Ramadan dipercayai mampu bantu melawan gangguan emosi seperti kemurungan.

“Sepanjang bulan Ramadan, keluarga akan duduk bersama, berbuka puasa setiap malam dan ia terbukti memberi kesan kepada kesihatan mental secara positif.

“Berpuasa juga boleh merapatkan hubungan keluarga dan rakan-rakan serta membantu orang yang mengalami kemurungan dan kesunyian untuk tidak bersendirian,” tambahnya.

Sementara itu, Evra berkata ia juga membantu dalam menyahtoksin badan secara semula jadi.

Dengan berpuasa, individu akan mendapati metabolisme badan menjadi lebih baik dan badan juga akan menyerap jumlah nutrien yang banyak.

Ujarnya, manfaat yang dikongsikan merupakan pengalaman yang dirasai semasa dia menjalankan ibadah puasa itu.

Sumber: @Evra/Twitter

BACA: Penduduk Wilayah Persekutuan Paling Tinggi Alami Kemurungan

The post Bekas Pemain MU, Patrice Evra Galak Non-Muslim Berpuasa, Kongsi Kelebihan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*