Laman Web “Video Chat” Popular, Omegle Umum Penutupan Lepas 14 Tahun Beroperasi

penutupan omegle

Laman Web “Video Chat” Popular, Omegle Umum Penutupan Lepas 14 Tahun Beroperasi

Omegle, sebuah laman web video chat atas talian popular mengumumkan telah penutupan setelah 14 tahun beroperasi.

Pengasas Leif K-Brooks mengumumkan penutupan itu pada hari Rabu dalam satu kenyataan panjang yang disiarkan ke laman web tersebut.

Beliau menulis bahawa Omegle telah digunakan “untuk meneroka budaya asing, mendapatkan nasihat tentang kehidupan mereka daripada pihak ketiga yang tidak berat sebelah. Dan membantu mengurangkan perasaan kesunyian dan pengasingan.”

Selain itu, beliau juga menambah bahawa platform itu cuba berusaha untuk memerangi pemangsa kanak-kanak.

“Saya tidak boleh kata tiada dan mengakui bahawa sesetengah orang menyalahgunakannya. Termasuk untuk melakukan jenayah keji yang tidak terkata,” tulis K-Brooks.

Dilancarkan pada tahun 2009, laman web itu pada mulanya mendapat tarikan remaja dan kekal sebagai platform sembang video yang sedikit terasing.

Difahamkan, resonans budayanya merudum selepas tercetusnya platform popular baharu seperti TikTok dan YouTube pada tahun 2020.

Tidak lama selepas pelancaran Omegle, syarikat itu dihimpit dengan masalah untuk membasmi penderaan seksual kanak-kanak.

Omegle telah dinamakan dalam banyak penerbitan Jabatan Kehakiman yang mengumumkan hukuman terhadap orang yang disabitkan dengan jenayah seks.

Laman web itu telah disaman pada 2021 kerana didakwa mempunyai ‘produk reka bentuk yang rosak’ dan membolehkan pemerdagangan seks.

Ia berlaku selepas perkhidmatan itu memadankan seorang gadis 11 tahun dengan seorang lelaki yang kemudiannya menderanya secara seksual.

Carrie Goldberg yang mewakili gadis itu berkata penutupan Omegle adalah hasil pengantaraan antara platform itu dengan pelanggannya.

K-Brook menulis lagi bahawa Omegle mempunyai “AI yang canggih” dan kumpulan moderator yang bekerja di belakang tabir untuk memerangi penyalahgunaan platform.

Tambahnya, platform itu ‘bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang, dan Pusat Kebangsaan Kanak-Kanak Hilang dan Dieksploitasi (NCMEC).

“Kerjasama itu bagi membantu menghantar penjahat di penjara di mana mereka sepatutnya berada.”

NCMEC telah mengumpul laporan mengenai bahan penderaan seksual kanak-kanak yang disyaki berlaku dalam semua platform teknologi.

Penderaan seksual kanak-kanak dan perkongsian dalam talian bahan penderaan seksual kanak-kanak telah menjadi isu meluas yang hampir menjejaskan setiap platform media sosial.

Pada 2022, Omegle memfailkan lebih 608,000 laporan kepada NCMEC, manakala Instagram menyerahkan lebih daripada 5 juta dan Facebook sebanyak 21 juta.

Dalam satu kenyataannya, K-Brooks berkata bahawa perang sedang dilancarkan ‘terhadap Internet’ di bawah panji keselamatan kanak-kanak.

“Hampir setiap perkhidmatan komunikasi dalam talian telah tertakluk kepada beberapa jenis serangan yang sama seperti Omegle. Sebahagian mereka adalah syarikat yang jauh lebih besar dengan sumber yang lebih besar.

“Mereka semua mempunyai titik terobosan di sesuatu tempat,” tulis K-Brooks.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Laman web itu telah merosot ketika kebangkitan platform sembang lain seperti Discord mula menyaksikan lonjakan populariti pada tahun 2020.

Setakat Khamis, video dengan hashtag Omegle telah ditonton di TikTok sebanyak 11.4 bilion kali.

Pengumuman penutupan itu telah membuatkan ramai pengguna mula mengimbau kenangan indah mereka semasa menggunakan platform tersebut.

Sumber: NBC News

The post Laman Web “Video Chat” Popular, Omegle Umum Penutupan Lepas 14 Tahun Beroperasi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*