Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Abdul Ghapur Salleh Meninggal Dunia

abdul ghapur meninggal dunia

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Abdul Ghapur Salleh Meninggal Dunia

TAWAU, 4 Julai (Bernama) — Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, 80, meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada pukul 12.07 tengah malam tadi.

Bekas Setiausaha UMNO Kalabakan Mohd Ayaz Khan ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan menyifatkan ahli politik veteran itu sebagai pemimpin yang berjasa.

“Saya dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk hadir ke pengebumian arwah. Saya difahamkan arwah mempunyai pelbagai penyakit antaranya masalah buah pinggang,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Allahyarham, Noraini Abdul Ghapur berkata jenazah bapanya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pagi ini.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Likas, pada pukul 9.30 pagi,” katanya.

Abdul Ghapur memulakan karier politiknya pada awal 1970-an dengan menyertai Parti Berjaya dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Merotai, Tawau pada pilihan raya 1976 tetapi kalah.

Namun beliau berjaya menyandang kerusi itu pada pilihan raya 1981 yang kemudiannya kerusi berkenaan dipertahankan pada 1985 atas tiket Barisan Nasional (BN).

Abdul Ghapur menjadi Ahli Parlimen Kalabakan sejak 2004 hingga 2018 atas tiket BN, namun tewas mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri antara 1995 hingga 1997 dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan Sabah serta Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sabah.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lelaki Terduduk Menangis Dalam Tren Terima Khabar Bapa Meninggal Dunia

The post Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Abdul Ghapur Salleh Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*