Kecanggihan AI Bantu Proses Pembuatan Lagu Terakhir The Beatles

AI bantu lagu the beatles

Kecanggihan AI Bantu Proses Pembuatan Lagu Terakhir The Beatles

NEW YORK — Penulis lirik dan penyanyi kumpulan The Beatles, Sir Paul McCartney berkata penggunaan Sistem Kecerdasan Buatan (AI)  membantu dalam penciptaan lagu terakhir kumpulan itu yang tidak sempat ditamatkan suatu ketika dahulu, lapor BBC.

AI Bantu Terbitkan Lagu Terakhir The Beatles

Dalam satu program Today BBC Radio 4, beliau memberitahu, teknologi itu telah digunakan dalam menghasilkan suara mendiang John Lennon daripada demo lama supaya dia boleh melengkapkan lagu itu.

“Kami baru sahaja menyelesaikannya dan ia akan dikeluarkan tahun ini”

Gambar: AFP

Masih belum diberikan nama, namun lagu gubahan Lennon 1978  berkemungkinan dipanggil Now And Then.

Paul berkata dia menerima memo daripada balu Lennon, Yoko ono setahun lalu. Memo tersebut adalah salah satu daripada beberapa lagu kaset yang tertera tulisan “untuk Paul” sejurus kematian Lennon pada 1980.

Lagu berkenaan berkisarkan permohonan maaf cinta namun tidak sempat diterbitkan.

Sementara itu, rakaman tersebut tidak sempat diselesaikan dipercayai kerana terdapat masalah teknikal pada rakaman ekoran gangguan elektrik di kediaman Lennon.

Pada 2009, timbul spekulasi berhubung rakaman tersebut telah dicuri dari apartment bersama dengan barangan peribadi yang lain sejurus kematiannya.

BACA JUGA: AI Didakwa Mampu Hasil Senjata Pembunuh Dalam Tempoh Dua Tahun – Laporan

Tambah Paul, sejak dahulu dia ingin menyelesaikan rakaman lagu itu.

Kemampuan AI 

Kebolehan teknologi terkini memberikan peluang kepada para ahli muzik untuk mencapai matlamat itu. Lebih-lebih lagi Editor dialog Emile de la Rey berjaya menguasai kemahiran pengkomputeran untuk menyunting suara Beatles dan memisahkan daripada latar belakang dan juga istrumen sendiri bagi mendapat audio yang ‘bersih’.

Proses ini juga menjadikan Paul boleh berduet kembali dengan mendiang Lennon dalam album baharu Revolver Beatles yang diterbitkan pada tahun lalu.

Gambar: AFP

“Kami mempunyai suara John dan piano, ia boleh dipisahkan dengan menggunakan AI.

“Jadi apabila kami datang untuk membuat rekod terakhir Beatles, ia adalah demo yang John miliki. Dan kami dapat ‘mencipta’ suara seperti John melalui AI.

“Kemudian kami boleh mencampurkan rekod, seperti biasa anda lakukan. Jadi, ia memberi sedikit kemudahan,” kata Sir Paul kepada Martha Kearney dari Radio 4.

Meskipun mengakui kecanggihan sistem AI itu, Paul menyatakan rasa bimbangnya terhadap sistem berkenaan.

“Saya teruja namun dalam masa yang sama saya bimbang tentang masa depan nanti. Kita hanya perlu melihat ke arah mana,” katanya lagi.

The Beatles

Sebagaian besar rakaman dilakukan oleh ahli muzik itu pada boombox sewaktu duduk di piano di apartment di New York.

Antara album yang dikeluarkan oleh kumpulan muzik itu termasuklah Free As A Bird dan Real Love. Ia telah diterbitkan oleh penerbit Jeff Lynne pada 1995 dan 1996.

Sumber: BBC 

The post Kecanggihan AI Bantu Proses Pembuatan Lagu Terakhir The Beatles appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*