Belanjawan 2023 : Fokus kita bukan soal kaum atau daerah tapi rakyat – PM

Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa tetapi boleh memacu pertumbuhan negara, menarik pelaburan ke dalam negara serta memberi rahmah kepada rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata kerajaan mempertimbangkan daya saing, kecepatan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu termasuk pendigitalan dan pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023 

“Kita ketinggalan dalam (bidang-bidang tersebut) berbanding Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kita mesti depani hal-hal ini untuk memastikan kita berdaya saing,” kata beliau pada majlis Perhimpunan Bulanan Warga  Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di sini hari ini. 

Bagaimanapun, cabaran terbesar merangka Belanjawan 2023 adalah mencari dasar yang seimbang untuk menarik pelabur serta melindungi rakyat Malaysia terutama golongan miskin tegar, katanya.

“Kadangkala ada pertembungan sedikit. Saya selalu sebut perbenturan idea dan dasar. Ini dapat jadi contoh bagaimana kita dapat terjemahkan Madani dalam pertumbuhan ekonomi.

“Fokus kita bukan soal kaum atau daerah. Fokus kita adalah rakyat. Saya tidak mahu boleh tidur nyenyak jika rakyat merasa tersisih dan tidak dipedulikan oleh pemimpin negara,” kata Anwar.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim. 

— BERNAMA

Baca juga : Cari anak kucing konon nak buat teman rupa-rupanya nak jadikan santapan ular dipelihara

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*