fbpx

Faisal Halim Follow Instagram TMJ

faisal follow tmj

Faisal Halim Follow Instagram TMJ

Faisal Halim dilaporkan mula mengikuti Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di laman Instagram. Tambahan lagi, dalam senarai following Faisal, tiada nama Tan Cheng Ho selaku jurulatih Selangor.

Ini menguatkan lagi desas-desus perpindahan saga Faisal Halim ke kelab tersohor Johor Darul Ta’zim bagi mengharungi kempen tahun hadapan. Namun, sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa berita yang sahih bahawa Faisal Halim sudah bersetuju menyertai JDT.

Selepas perlawanan menentang Chinese Taipei baru-baru ini, Faisal mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana telah membentuk pasukan JDT secara langsung memberi kesan kepada prestasi semasa Harimau Malaya.

“Terdapat banyak aspek yang membawa perubahan dalam bola sepak negara. Pasukan negara tidak akan mencapai tahap ini tanpa penglibatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membentuk pasukan JDT sekaligus terus mengubah landskap bola sepak tempatan.
“Apa yang telah dibawa masuk oleh baginda ke dalam bola sepak negara adalah kualiti yang tinggi sekaligus meningkatkan mutu permainan dan kualiti pemain itu sendiri.
“Kita perlu berterima kasih kepada TMJ kerana tanpa baginda, pasukan kebangsaan tidak akan mencapai tahap sekarang,” kata Faisal dalam satu temu bual.
Faisal Halim musim ini menjadi jentera penting Selangor FC mengharungi kempen Piala Malaysia. Setakat ini Faisal telah menjaringkan 10 gol buat Selangor. Beliau juga watak penting dalam skuad Kim Pan Gon apabila setakat ini terutama sekali ketika kempen Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia baru-baru ini.
Gandingan beliau bersama Ariff Aiman sentiasa dinantikan peminat Harimau Malaya dan jika Faisal memilih JDT destinasi karier beliau yang seterusnya, gandingan Faisal dan Ariff dapat disaksikan dalam Liga Malaysia pula.
Sumber: Faisal Halim

The post Faisal Halim Follow Instagram TMJ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*