Bella Astillah Failkan Cerai, Harap Urusan Dipermudahkan

bella astillah failkan cerai

Bella Astillah Failkan Cerai, Harap Urusan Dipermudahkan

Pelakon, Bella Astillah dilaporkan telah nekad memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz, lapor Astro Awani.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd. Rais, yang memaklumkan bahawa pelakon wanita itu telah berbuat demikian pada Isnin.

“Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.” kata Azmi.

Azmi telah mengulas kes anak guamannya ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian bagi pasangan selebriti itu.

Prosiding pertama kes perceraian Bella dan Alif telah berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Bella menjelaskan bahawa jalan perpisahan adalah jalan terbaik untuk kedua-dua pihak, baik dirinya dan suaminya.

Selain mengharapkan urusan perceraiannya berjalan dengan lancar dan mudah, pelakon asal Sabah memberitahu bahawa dirinya nekad untuk mengambil jalan tersebut.

Hal ini kerana, Bella telah memberikan banyak peluang dan ruang kepada Aliff dan menganggap cinta itu tidak harus memiliki.

“Saya rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi saya dan juga Aliff. Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.

“Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan dari jauh,” ujarnya.

Untuk rekod, Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan memiliki dua orang anak bersama.

Namun begitu, pasangan tersebut pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum mengembil keputusan untuk rujuk semula semasa dalam tempoh idah.

BACA: Jadual Waktu Berbuka & Imsak Di Seluruh Malaysia 2024

Sumber: Astro Awani

The post Bella Astillah Failkan Cerai, Harap Urusan Dipermudahkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*