Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana

Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana

Sophea Isabella, anak kepada Dr. Sheikh Muszaphar dilapor menerima tiga tawaran serentak untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah.

Keadaan itu menyebabkan angkasawan pertama negara bersama isterinya, Dr. Haslina Yunos dalam dilema mahu memilih tawaran yang mana.

Apatah lagi tawaran yang diterima bukan calang-calang, melibatkan kolej-kolej terkemuka dan berprestij tanah air.

Menerusi satu hantaran di laman Instagramnya, Dr. Sheikh Muszaphar mendedahkan anaknya yang mesra disapa Bella menerima tawaran daripada Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Kolej Yayasan Saad (KYC) Melaka dan Kolej Genius Permata Pintar.

Tawaran-tawaran berkenaan diterima selepas keputusan penempatan ke Sekolah Berasrama Penuh keluar semalam.

Dr. Sheikh Muszaphar

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar lagi, ketiga-tiga kolej ini mempunyai reputasi yang baik untuk masa depan anaknya.

Bagaimanapun, pada akhirnya mereka akan membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk Bella.

“Baik untuk impian, cita-cita, kebajikan dan kebahagian Bella,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Sheikh Muszaphar mengakui menitiskan air mata melihat tawaran-tawaran yang diterima selepas menjadi saksi sendiri pengorbanan Bella selama ini.

“Melihat pengorbanan anak, tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat, kental jati diri, tak pernah mengalah dan mengeluh. Itulah Bella,” katanya lagi.

Sumber: Dr. Sheikh Muszhapar

The post Bella Dapat Tawaran TKC, KYS & Permata Serentak, Dilema Nak Pilih Yang Mana appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*