Benam KL City 2-0, Piala FA Edisi 2023 Milik JDT

JDT juara Piala FA

JDT menepati ramalan apabila muncul sebagai juara Piala FA edisi 2023 selepas menundukkan Kuala Lumpur (KL) City, 2-0 sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim, aksi kedua-dua pasukan pada separuh masa pertama berjalan seimbang biarpun JDT lebih banyak menguasai perlawanan.

Usaha demi usaha yang dilakukan oleh para pemain JDT untuk mencari gol pembukaan bagaimanapun dibatasi oleh disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pemain KL City.

Menyedari rekod jaringan luar biasa yang dimiliki barisan serangan JDT, KL City dilihat bertahan secara sepasukan dengan sekurang-kurangnya lima orang pemain pertahanan.

Malah, pemain-pemain di bahagian tengah dan serangan juga tidak memberikan terlalu banyak ruang kepada JDT untuk melakukan percubaan.

Bagaimanapun, sekali-sekala, KL City turut berjaya melancarkan serangan balas pantas ke arah gawang JDT dan menghadirkan ancaman kepada Syihan Hazmi.

Bagaimanapun, Syihan berjaya menampilkan aksi penyelamatan yang bergaya terutamanya ketika menggagalkan beberapa percubaan berbahaya KL City.

JDT kemudian berjaya berada di depan menerusi gol dijaringkan oleh penyerang kelahiran Brazil, Bergson yang menyambar bola muntah hasil percubaan Arif Aiman.

Sebelum itu, Arif Aiman menerusi pergerakkan menarik melakukan rembatan deras namun mengenai tiang gol dan bola melantun sebelum disambar Bergson.

Malangnya, penjaga garisan mengesan Bergson berada di kedudukan offside dan membatalkan jaringan tersebut.

Berita lanjut menyusul.

The post Benam KL City 2-0, Piala FA Edisi 2023 Milik JDT appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*