Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket Dinding

airbnb inap desa

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket Dinding

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Pasukan keselamatan Airbnb telah bertindak mengeluarkan akaun pengendali sebuah inap desa di Sabah sementara menunggu siasatan susulan dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dinding di mana mereka menginap.

Pengurus Besar Airbnb India, Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Amanpreet Bajaj dalam e-mel kepada Bernama berkata pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.

“Meskipun insiden membabitkan keselamatan jarang berlaku di premis Airbnb, kami mengambil serius laporan sebegini dan kami telah memberikan sokongan kepada tetamu kami,” katanya.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Amanpreet mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas yang menyebut Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing bahawa terdapat kamera tersembunyi yang dipasang dalam soket dnding di sebuah inap desa di mana mereka menginap.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC negeri dan agensi berkaitan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan itu yang didedahkan di platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai, pada 14 Sept lepas sebelum dikongsi oleh portal berita tempatan.

Sumber: BERNAMA

The post Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket Dinding appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*