Mesyuarat ‘Post Mortem’ Libatkan Jururunding, Kontraktor Padang SNBJ Diadakan Awal Minggu Hadapan

mesyuarat post mortem snbj

Mesyuarat ‘Post Mortem’ Libatkan Jururunding, Kontraktor Padang SNBJ Diadakan Awal Minggu Hadapan

Satu mesyuarat post mortem bersama kontraktor dan juruperunding padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan diadakan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pada awal minggu hadapan.

Lapor Stadium Astro, mesyuarat itu diadakan bagi menunjukkan PSM bersungguh-sungguh dalam membuat penambahbaikan berkenaan dengan padang di stadium tersebut.

“PSM komited untuk terus membuat penambahbaikan dan akan memberikan maklumbalas selepas ‘post mortem’,” katanya.

Beberapa hari lalu, Harimau Malaya tewas kepada 0-2 kepada Oman dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dilangsungkan di SNBJ.

Topik berkenaan padang dan rumput SNBJ menjadi bualan dalam kalangan penyokong dan mengundang pelbagai reaksi sejurus tamat perlawanan.

Difahamkan juga sewaktu perlawanan, pemain Malaysia, Azam Azmi Murad mengalami kecederaan yang berpunca daripada permukaan padang.

Sumber: Stadium Astro

The post Mesyuarat ‘Post Mortem’ Libatkan Jururunding, Kontraktor Padang SNBJ Diadakan Awal Minggu Hadapan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*