Berang Ditegur, Lelaki Dilapor Tembak Mati Lima Jiran

tembak mati lima jiran

Berang Ditegur, Lelaki Dilapor Tembak Mati Lima Jiran

TEXAS — Seramai lima orang maut termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun selepas ditembak oleh jiran mereka dalam satu kejadian di sebuah kediaman di taman Cleveland.

Memetik laporan The Telegraph, seramai 10 orang berada di dalam kediaman sewaktu tembakan itu dilepaskan. Lima orang yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki serta kanak-kanak dilaporkan terbunuh.

Kesemua orang dewasa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala kanak-kanak tersebut dilaporkan maut ketika dikejarkan ke hospital.

Sementara itu, lima yang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, suspek dipercayai menembak kesemua mangsa menggunakan senjata api jenis AR-15.

Menurut Syerif Daerah San Jacinto, Greg Capers, suspek merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun berjaya melarikan diri selepas kejadian itu.

Operasi memburu suspek kini sedang giat dijalankan.

BACA JUGA: Didakwa Baru Lepas “Break”, Lelaki Nekad Tembak Bekas Kekasih Tiga Kali Dalam Tadika

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, dua daripada wanita ditemui terbaring di atas dua kanak-kanak di dalam bilik tidur. Suspek melepaskan tembakan sewaktu ahli keluarga itu mahu tidur.

“Susulan itu, beberapa daripada mereka keluar untuk meminta suspek berhenti menembak,” katanya kepada akhbar tempatan.

Tambahnya, suspek kini berdepan lima pertuduhan kerana membunuh.

Bagaimanapun, butiran mengenai mangsa yang terlibat dalam kejadian itu juga tidak didedahkan kepada umum.

Punca Berlaku Tembakan

Salah seorang daripada ahli keluarga itu sempat merakam insiden berkenaan yang memaparkan suspek berjalan menuju ke pintu depan rumah mereka sambil membawa senapang.

“Dia sering melepaskan tembakan di halaman rumahnya. Pada malam ini, dia dipercayai berang apabila jiran-jirannya menegurnya agar tidak melepaskan tembakan kerana bising,” kata Capers.

Untuk makluman, Amerika Syarikat merekodkan jenayah yang membimbangkan pada tahun ini termasuk di Cleveland, Texas yang telah meragut 19 nyawa.

Wanita Maut Tegur Jiran Perlahankan Muzik

Terdahulu, seorang wanita berusia 71 tahun maut ditikam oleh jirannya dalam satu kejadian di Clydach dekat Swansea, lapor The Sun.

Kejadian itu berlaku ekoran mangsa meminta jirannya untuk memperlahankan muzik. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan kecemasan.

Sumber: The Telegraph 

The post Berang Ditegur, Lelaki Dilapor Tembak Mati Lima Jiran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*