Ratusan Kenderaan Terlibat Kemalangan Akibat Ribut Debu, Enam Dilapor Maut

Ratusan Kenderaan Terlibat Kemalangan Akibat Ribut Debu, Enam Dilapor Maut

ILLINOIS —  Sekurang-kurangnya enam orang dilaporkan maut dalam kemalangan yang melibatkan ratusan kenderaan selepas ribut debu melanda di sepanjang lebuh raya di Amerika Syarikat semalam.

Menurut AFP, kemalangan dipercayai berlaku ekoran jarak penglihatan yang terhad akibat ribut berkenaan.

Menurut polis negeri Illinois dalam satu kenyataan, kira-kira 40 hingga 60 kenderaan penumpang dan 30 kenderaan komersial terlibat dalam insiden tersebut. Ia dicetuskan oleh angin kencang yang membawa habuk dari ladang di seberang lebuh raya itu.

“Lebih 30 orang yang mengalami kecederaan (termasuk cedera ringan dan parah) telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa berumur antara dua hingga 80 tahun,” kata pihak berkuasa tempatan.

Pakar meteorologi CNN, Chad Myers berkata angin berkelajuan 45 mph (72 km/j) yang membawa habuk menyebabkan jarak penglihatan hampir mustahil dilihat.

BACA JUGA: Kemalangan Libatkan Lima Buah Kenderaan Berlaku Di LPT Tadi

Gambar: WICS

Kemalangan itu dilaporkan berlaku sepanjang dua batu (3.2 kilometer) dari Insterstate 55 (I-55). Dua trak juga dilaporkan terbakar sewaktu kejadian pada lewat pagi semalam.

Pasukan Penyelamat Berdepan Detik Sukar

Dalam pada itu, beberapa gambar menunjukkan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu sebarang kemungkinan kebakaran kenderaan.

Bagaimanapun, pasukan penyelamat mengalami kesukaran ekoran asap kenderaan yang terbakar bercampur dengan debu di lebuh raya tersebut.

Gambar: Courtesy of Nathan J. Cormier

Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Montgomery County, Kevin Schott berkata, responden pertama mengalami kesukaran untuk bertindak balas sewaktu berada di tempat kejadian disebabkan oleh debu tebal.

“Ini merupakan perkara yang sukar, sesuatu yang kami tidak pernah alami di dalam negara ini.

“Kami terpaksa menggeledah setiap kenderaan, sama ada mereka terlibat dalam kemalangan atau baru berhenti, untuk memeriksa sekiranya ada yang tercedera,” katanya.

Gambar: Courtesy of Nathan J. Cormier

Nahas yang berlaku di sepanjang I-55 menyebabkan perintah berkurung sementara dikeluarkan yang melibatkan negeri di daerah Sangamon dan Montgomery susulan pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Untuk makluman, lebuh raya Illinois merupakan laluan utama yang menghubungkan bandar seperti Chicago dan St. Louis.

Pada 2021, kejadian yang serupa berlaku di Utah apabila ribut pasir menyebabkan kemalangan maut. Ia melibatkan sebanyak 22 kenderaan dengan lapan orang dilaporkan maut.

Sumber: AFP, CNN

The post Ratusan Kenderaan Terlibat Kemalangan Akibat Ribut Debu, Enam Dilapor Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*