Berat Cecah 212kg, Ikan Tuna Dijual Dengan Harga Lebih RM1.19 Juta

Berat Cecah 212kg, Ikan Tuna Dijual Dengan Harga Lebih RM1.19 Juta

JEPUN – Seekor ikan tuna sirip biru telah terjual hari ini dengan harga $273,000 (lebih RM1,197,924) dalam lelongan Tahun Baharu di sebuah pasar ikan Toyosu, Tokyo.

Memetik laporan AFP, ia dijual dengan harga dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Lelongan bermula sekitar jam 5.10 pagi itu mencetuskan bidaan yang meriah antara pembida dan pembeli.

Kredit: Kyodo News

Difahamkan, pemborong perantaraan yang berpangkalan di Tokyo, Yamayuki dan syarikat yang mengendalikan restoran Sushi Ginza Onodera bersama-sama memenangi bidaan untuk seekor ikan tuna sirip biru itu yang mempunyai berat 212 kilogram.

Bagaimanapun, angka tersebut hanya sebahagian kecil daripada rekod harga pada tahun 2019.

Pun begitu, ia tetap menandakan pemulihan bagi lelongan simbolik yang diadakan selepas tiga tahun harga merosot.

Kredit: Philip FONG/AFP

Menurut presiden Yamayuki, Yukitaka Yamaguchi, ikan tuna yang dijual mempunyai semua kualiti baik yang diperlukan.

“Selepas wabak covid beransur pulih, ini merupakan petanda yang baik. Harganya tepat untuk jualan pertama bagi musim ini,” katanya.

Kredit: Kyodo News

Dalam pada itu, ketua chef Ginza Onodera, Akifumi Sakagami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menghantar tuna tersebut kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar tuna yang indah ini. Orang yang memakannya pasti akan berpuas hati,” tambahnya.

Terdahulu, seekor tuna sirip biru seberat 278 kilogram telah terjual dengan harga 333.6 juta yen dalam lelongan Tahun Baharu pada 2019 apabila ia diadakan buat pertama kali di Toyosu berikutan penempatan semula pasar ikan utama Tokyo dari Tsukiji.

Sumber: AFP, Kyodo News

The post Berat Cecah 212kg, Ikan Tuna Dijual Dengan Harga Lebih RM1.19 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*