Ibu Kehilangan Kata-kata, Terima ‘Surat Cinta’ Anak Pada Badan Kereta

ibu surat cinta kereta

Ibu Kehilangan Kata-kata, Terima ‘Surat Cinta’ Anak Pada Badan Kereta

Seorang kanak-kanak yang baru belajar menulis, mengungkapkan rasa sayang pada ibu dengan ‘melakarkan’ kata-kata tersebut pada kereta ibunya.

Seperti dijangka, si ibu menerima ungkapan tersebut dengan perasaan bercampur-baur. Terharu dan terkedu pada masa yang sama.

Menerusi gambar yang tular, anak wanita tersebut meluahkan perasaan sayang padanya dengan mengukir frasa ‘I LOVE YOU’ pada sisi kereta Mitsubishi Mirage G4 miliknya.

Menurut Top Gear Filipina, wanita itu hanya menyedari kewujudan ‘surat cinta’ anaknya apabila orang ramai mula melihat sisi keretanya dengan pandangan ‘semacam’.

Ibu kehilangan kata-kata dapat surat cinta pada badan kereta

“Anak, saya tahu awak sangat menyayangi ibu dan ibu tahu awak anak yang sangat baik hati. Tetapi awak tidak perlu mengukir cinta awak pada kereta kita.

“Ibu dapat merasakan kedalaman kasih sayang awak, sampaikan apa-apa gosokan pun tidak dapat menghilangkannya (kesan calar),” tulis Reyes.

Beliau membuat perkongsian tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik dalam kumpulan Facebook (Home Buddies).

Anak lelaki baru sahaja belajar menulis dan ingin ‘mempraktikkan’ ilmu yang diperolehi di landasan yang ‘tepat’

Dalam satu temu bual bersama Smart Parenting, ibu kepada tiga anak tersebut memberitahu anaknya ketika itu baru sahaja belajar menulis.

Ketika bermain di luar, anak kecil itu mungkin terjumpa batu kecil sebelum mendapat idea menulis surat cinta tersebut.

“Saya tidak memarahinya. Saya bertanya kepadanya, ‘Kamu yang tulis ni?’ Dan dia berkata ‘Ya, sebab saya sayang ibu sangat-sangat!’”

“Bagaimana saya nak memarahinya?” Reyes menambah.

Reyes kemudiannya memberita Damien bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan memintanya tidak mengulangi perkara tersebut lagi.

Mendengar kata-kata ibunya, Damien malah berjanji untuk membelikan kereta baharu untuk ibunya apabila dia sudah menginjak dewasa.

“Bila saya dah dewasa dan ada duit, saya akan berikan ibu duit yang banyak untuk membeli sebuah Bugatti!” Damien memberitahu ibunya dan dirakam dalam bentuk video.

Rakaman gelagat anaknya telah dihantar kepada pihak Smart Parenting.

Reyes menambah bahawa dirinya merasa insiden calar pada keretanya agak lucu. Dirinya merupakan seorang pemandu berhemah dan tidak terlibat dengan mana-mana kemalangan.

Namun, kereta masih tidak dijanjikan selamat dari kesan calar apabila anaknya ‘meluahkan’ rasa cintanya pada pintu keretanya.

Reyes memberitahu, dia bersama suami masih berusaha untuk menghilangkan ‘karya’ tersebut. Walau apapun terjadi, Reyes masih menghargai usaha yang ditunjukkan oleh anaknya yang sangat comel.

BACA: Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Sumber: Top Gear Phillipine

The post Ibu Kehilangan Kata-kata, Terima ‘Surat Cinta’ Anak Pada Badan Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*