India Cipta Sejarah, Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Permukaan Bulan

india kutub selatan bulan

India Cipta Sejarah, Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Permukaan Bulan

Negara India pada hari ini mencipta sejarah selepas menjadi negara pertama yang dilaporkan mendarat di kutub selatan permukaan bulan, lapor NBC News.

Sebuah robot pendaratan tanpa anak kapal yang dikendalikan oleh agensi angkasa India dan dikenali sebagai Chandrayaan-3 berjaya mendarat di kutub selatan bulan pada pukul 8:30 pagi ET.

Kejayaan pendaratan Space Research Organization’s berlaku selang beberapa hari selepas kapal angkasa Rusia yang dalam perjalanan sama telah gagal lalu terhempas di permukaan bulan.

Kegagalan itu merupakan kemunduran terbesar bagi agensi angkasa lepas Rusia yang dikenali sebagai Roscosmos.

Kejayaan pendaratan Chandrayaan-3 merupakan kejayaan besar bagi negara itu untuk bersaing dalam mendapatkan pengaruh dalam bidang kosmos.

Kredit India Times

Sebelum ini, hanya tiga buah negara dalam sejarah yang dilaporkan berjaya melakukan pendaratan bulan yang terkawal. Tiga negara tersebut adalah Amerika Syarikat, China dan bekas Kesatuan Soviet.

Kutub selatan bulan telah menarik minat pelbagai agensi angkasa lepas dan saintis ekoran penemuan kawah yang dianggap menyimpan kepekatan air ais.

Penemuan kawah itu dikatakan lebih besar daripada tempat lain yang berada di permukaan bulan. Ia boleh menjadi sangat penting untuk mewujudkan penempatan manusia jangka panjang di bulan.

Program Artemis NASA yang bertujuan untuk mengembalikan angkasawan ke bulan telah berhasrat untuk mendaratkan Artemis III di wilayah kutub selatan itu pada 2025.

Pentadbir NASA, Bill Nelson meraikan kejayaan pendaratan India itu dalam satu siaran di laman X.

“Tahniah kepada India kerana menjadi negara ke-4 yang berjaya mendaratkan kapal angkasa lepas di Bulan. Kami gembira menjadi rakan kongsi anda dalam misi ini!” tulisnya.

India dan Rusia telah dikunci dalam perlumbaan ke kutub selatan bulan.

Kapal angkasa Luna-25 yang terhempas adalah merupakan kapal angkasa pendaratan bulan pertama yang dilancarkan oleh agensi angkasa lepas Rusia selepas hampir lima dekad.

Pegawai Roscosmos berkata pada Ahad, bahawa mereka telah terputus hubungan dengan pendarat. Ia berlaku selepas mereka menyalakan enjinnya sebagai persediaan untuk turun ke permukaan.

Misi Chandrayaan-3 direka untuk menjalankan satu siri eksperimen sains di permukaan bulan, termasuk ujian komposisi mineral dan aktiviti seismik.

BACA: Angkasawan NASA Dedah Pemandangan Aurora Dari ISS

Pendarat bersaiz SUV turut membawa rover kecil itu direka dengan berkuasa pola dan mampu beroperasi selama kira-kira dua minggu di bulan.

Chandrayaan-3 yang dilancarkan ke angkasa lepas pada 14 Julai lalu adalah merupakan percubaan kedua India untuk mendarat di kutub selatan bulan.

Percubaan sebelum ini pernah dilakukan pada 2019 dengan menggunakan pengorbit bulan. Bagaimanapun, pendarat dan rover Chandrayaan-2 dilaporkan telah terhempas di permukaan bulan.

Sumber: NBC News

The post India Cipta Sejarah, Berjaya Mendarat Di Kutub Selatan Permukaan Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*