Kerajaan Komited Bantu Pekebun Kecil Getah

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited dalam membantu pekebun kecil khususnya mereka yang terlibat dalam sektor getah.

Menjawab mengenai dakwaan harga getah yang rendah dan tidak stabil di Malaysia, KPK menerusi satu kenyataan berkata, harga produk tersebut ditentukan oleh penawaran antarabangsa selain faktor prestasi pasaran hadapan, harga minyak mentah dunia dan kadar pertukaran mata wang asing. Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara pengeluar dan pengimport utama getah dunia juga turut memainkan peranan terhadap isu tersebut.

“KPK telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG), yang diperkenalkan sejak 2015 sehingga 31 Disember 2022. Sehingga kini, bantuan telah diagihkan kepada 207,128 pekebun kecil getah di seluruh negara dengan nilai berjumlah RM446 juta (Semenanjung – RM313 juta; Sarawak – RM4 juta dan Sabah – RM129 juta),” tulis kenyataan tersebut.

“Terkini, Kerajaan juga telah bersetuju menaikkan Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukan berjumlah RM350 juta.”

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) bagi memberi insentif tunai kepada para pekebun kecil getah yang menyertai program tersebut.

Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Bagi setiap satu kilogram 100 peratus kandungan getah kering (KGK), mereka akan menerima insentif tunai sebanyak RM1 selain menerima bantuan one-off dalam bentuk input pertanian seperti baja dan racun bernilai RM850 setiap hektar.

Sementara itu, para pekebun kecil juga tidak perlu lagi membuat permohonan secara manual di pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) selain menerima pembayaran IPG secara terus ke akaun bank masing-masing.

“Pekebun kecil yang memiliki Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) diwajibkan untuk menjual getah kepada peniaga getah berlesen LGM yang mengguna pakai aplikasi RRIMniaga. RRIMniaga merupakan satu aplikasi telefon pintar yang dibangunkan oleh LGM untuk merekodkan urus niaga jual beli getah. Ia juga dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2021,” tulis kenyataan tersebut.

Bagi menghadapi cabaran kekurangan buruh asing dan menarik minat generasi pelapis, LGM telah memperkenalkan konsep pembangunan getah secara berkelompok. Kolaborasi strategik antara kerajaan dan entiti bukan kerajaan atau syarikat swasta telah diperkenalkan melalui penambahbaikan model dan struktur operasi pekebun kecil dan rangkaian bekalan getah di peringkat huluan.

Ini akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selain dapat menarik minta generasi pelapis untuk berkerjaya dalam industri getah. Projek ini yang dikenali sebagai Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dijangka bukan sahaja membantu golongan muda tetapi turut memberi pulangan yang baik kepada pekebun kecil getah.

Gambar hiasan. (Kredit: Bernama)

Kerajaan tidak ketandusan teknologi baru dalam membangunkan industri getah negara

LGM telah mengambil inisiatif dalam menggalakkan aktiviti R&D untuk penghasilan klon-klon getah yang berkualiti tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan automasi dalam sektor huluan industri getah . Kajian yang mendalam dalam sektor hiliran khususnya bagi penghasilan produk-produk berasaskan getah yang bernilai tambah turut dilaksanakan.

Bagi meningkatkan penggunaan getah asli di Malaysia, Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM50 juta untuk penggunaan Cuplump Modified Bitumin (CMB) untuk penyelenggaraan jalan di dalam Belanjawan 2023. Ini merupakan salah satu teknologi yang dibangunkan oleh LGM.

Kementerian mengalu-alukan cadangan dan saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (PERGETAH) ke arah meningkatkan industri getah negara.

Untuk makluman berhubung saranan supaya semua agensi berkepentingan mahupun industri untuk duduk bersama adalah satu pendekatan yang sentiasa diamalkan oleh KPK. Kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar dan strategi untuk meningkatkan daya
saing dan daya maju industri getah negara.

The post Kerajaan Komited Bantu Pekebun Kecil Getah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*