Beri Kesan Pada Hidupan Liar, Jalan Terbelah Di Bali Cetus Perdebatan Hangat

Jalan terbelah di Bali

Beri Kesan Pada Hidupan Liar, Jalan Terbelah Di Bali Cetus Perdebatan Hangat

Sebatang jalan menuju Pantai Pandawa di Bali yang membelah tanah tinggi telah mencetuskan perdebatan hebat di atas talian.

Menurut Oddity Central, orang ramai telah mempersoalkan tentang kepraktisan projek itu dan kesannya terhadap hidupan liar tempatan.

Mempunyai pasir putih yang halus dan air jernih, pantai Pandawa merupakan tempat sempurna untuk bergambar dan menjadi salah satu destinasi tepi laut paling indah di Bali.

Tetapi selepas kewujudan projek jalan yang digali antara tebing batu kapur itu telah melonjakkan lagi nama pantai itu ke puncak.

Dipercayai sebelum ini, Pantai Pandawa hanya popular di kalangan penduduk tempatan kerana tebing batu kapur yang terpencil dan sukar untuk dilalui.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah pada tahun 2012 lalu apabila jalan menuju ke pantai disiapkan dengan membelah cenuram tebing tersebut.

Kredit Oddity Central

Jalan itu kemudiannya telah menjadi tarikan pelancong dan topik perdebatan hangat di atas talian.

Dikatakan, selepas jalan ke Pantai Pandawa itu dirasmikan, serta-merta ia telah mengubah destinasi terpencil itu menjadi tempat pelancongan utama.

Tebing menegak 90 darjah di antara jalan itu telah menjadi sangat popular oleh pengguna Instagram yang mendambakan gambar latar yang menarik.

Kredit Oddity Central

Kerja-kerja di Jalan Pantai Pandawa itu dikatakan telah bermula pada 2011 dengan menggunakan jentolak dan jengkaut yang membelah landskap batu kapur itu.

Projek itu telah dibiayai oleh Kerajaan Indonesia dan pelabur swasta serta dirasmikan selepas dua tahun projek itu dijalankan.

Projek itu kemudiannya telah mendapat sambutan daripada penduduk tempatan sehinggalah pelancong luar.

Gambar dan video jalan itu baru-baru ini telah tular selepas ia dikongsikan di Reddit, di mana ia telah ditonton berjuta-juta kali.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Bagaimanapun, perkongsian gambar itu telah mengundang komen yang mendakwa bahawa projek itu mungkin dibangunkan secara serampang.

Beberapa pengguna Reddit mendakwa bahawa projek itu telah menghalang haiwan daripada mengembara merentasi dataran tinggi batu kapur tersebut.

“Mereka memotong wilayah kepada dua bagi banyak haiwan tanpa ada cara untuk menyeberang,” tulis seorang pengguna Reddit.

“Jambatan perlu dibina untuk haiwan menyeberang,” tulis seorang lagi pengguna.

Walaupun demikian, mereka yang mempertahankan projek itu mendakwa bahawa tidak banyak haiwan di kawasan tersebut.

Jadi jalan itu dikatakan tidak menimbulkan masalah kepada haiwan mahupun penduduk tempatan.

Sumber: Oddity Central

The post Beri Kesan Pada Hidupan Liar, Jalan Terbelah Di Bali Cetus Perdebatan Hangat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*