Baru Semangat Nak Memasak, Ini Tips Susun Atur Kelengkapan Dapur

tips susun atur dapur

Baru Semangat Nak Memasak, Ini Tips Susun Atur Kelengkapan Dapur

Rumah merupakan sebuah tempat tinggal atau tempat berteduh kepada setiap orang. Dalam setiap rumah, pasti mempunyai ruangan tertentu misalnya ruang tamu, bilik air, stor dan dapur.

Setiap daripadanya menempatkan pelbagai barangan dan kegunaan yang berbeza-beza.

Umumnya, ruang dapur berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan barangan kering dan basah serta memasak.

Oleh itu, penting untuk ruang ini sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Lebih-lebih lagi dapur sering digunakan untuk memasak khususnya golongan suri rumah.

Suasana dapur yang kemas juga boleh mempengaruhi mood seseorang untuk lebih bersemangat memasak.

Sehubungan itu, pihak SK akan berkongsikan tips susun atur dapur oleh Ruby Sahar di bawah. Semoga bermanfaat.

Tips Susunan Dapur 

Gambar: AFP

Idaman setiap wanita memiliki dapur yang cantik dan teratur. Tahukah anda bahawa dapur adalah satu ruang bekerja yang paling aktif di rumah?.

Susun atur alatan dan kelengkapan dapur adalah penting untuk keselesaan dan keselamatan di tempat kediaman anda. 

Meja kerja perlu diletakkan diantara sink dan dapur untuk mengurangkan pergerakan. Ia juga perlu diletakkan berhampiran dengan peti sejuk supaya mudah mengambil bahan masakan. Ketinggian meja kerja haruslah bersesuaian supaya dapat memberi keselesaan semasa bekerja (80cm-90cm). 

BACA JUGA: Keladak Habis Hilang, Ini Cara Cuci Oven Hingga Berkilat Seperti Baharu

Sinki perlu diletakkan di tepi tingkap untuk mendapat pencahayaan dan pengudaraan yang maximum. Ia juga perlu diletakkan berhampiran dengan meja kerja untuk memudahkan penyediaan makanan. 

Letakkan peti sejuk berhampiran dengan meja kerja bagi menjimatkan masa dan tenaga semasa penyediaan makanan. Peti sejuk tidak sesuai diletakkan bersebelahan dengan dapur kerana haba daripada dapur dapat merosakkannya. Letakkan peti sejuk sekurang-kurangnya 15 cm daripada dinding supaya udara boleh berada disekelilingnya. 

Dapur memasak sesuai diletakkan berhampiran dengan meja makan dan sinki untuk mengurangkan pergerakkan semasa menyedia dan memasak makanan. Dapur memasak sepatutnya diletak jauh daripada tingkap, pintu dan laluan pergerakan untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Penyusunan alatan dan kelengkapan dapur yang sistematik boleh memudahkan pergerakan dalam dapur serta menjimatkan masa dan tenaga menyedia dan memasak makanan.

Disini saya sertakan gambar rajah untuk gambaran yang lebih jelas.

Semoga manfaat.

Gambar: Facebook Ruby Sahar
Gambar: Facebook Ruby Sahar
Gambar: Facebook Ruby Sahar

Sumber: Facebook Ruby Sahar

The post Baru Semangat Nak Memasak, Ini Tips Susun Atur Kelengkapan Dapur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*