Pelajar Universiti Anjur Majlis Perpisahan Meriah, Hargai Jasa Pemandu Bas Nak Bersara

kejutan majlis perpisahan pemandu bas

Buat Kejutan Berupa Majlis Perpisahan, Pelajar Universiti Hargai Jasa Pemandu Bas

Sekumpulan pelajar dari Universiti NED di Karachi, Pakistan nyata mempunyai cara yang tersendiri bagi menghargai jasa seorang pemandu bas.

Menerusi sebuah video yang tular, pelajar-pelajar berkenaan dilapor menganjurkan satu majlis perpisahan buat pemandu bas berkenaan yang sudah lama berkhidmat dengan universiti tersebut.

Difahamkan, selama bertahun-tahun, pemandu bas berkenaan sentiasa melaksanakan tugasnya dengan baik menghantar dan menjemput pelajar berkenaan.

Lama kelamaan, hubungan mereka semua menjadi semakin akrab dan kehadiran pemandu bas berkenaan sentiasa dinanti-nantikan oleh pelajar universiti tersebut.

Justeru, bagi mengiktiraf jasanya yang tidak terbalas selama ini, kumpulan pelajar berkenaan sepakat untuk menganjurkan majlis perpisahan tersebut. Menurut laporan media tempatan, majlis itu diadakan sebelum pemandu bas itu menamatkan perkhidmatannya dan meninggalkan universiti tersebut.

Pelajar-pelajar berkenaan dirakam menabur kelopak bunga dan memberikan tepukan yang begitu meriah kepada pemandu bas itu. Malah, sebahagian pelajar lelaki juga dilihat bersalaman dengan lelaki tersebut.

Manakala sebahagian yang lain pula turut memberikan hadiah sebagai tanda perpisahan. Mereka juga berulang-kali mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas itu.

Dalam pada itu, kegembiraan jelas terpancar pada wajah pemandu bas berkenaan. Ia jelas dapat dilihat menerusi senyuman lebar yang terukir di bibirnya.

Tindakan kumpulan pelajar itu menganjurkan majlis berkenaan kemudian menjadi tular dan mendapat perhatian seluruh dunia.

Rata-rata, orang ramai memuji tindakan badan pelajar dan universiti atas layanan baik yang diberikan terhadap pemandu bas di kampusnya.

Orang ramai turut memuji tindakan pelajar yang menghargai segala titik peluh pemandu bas berkenaan sepanjang berkhidmat di sana.

Tindakan ini mengingatkan kita bahawa pentingnya untuk menunjukkan penghargaan dan mengingati insan-insan yang pernah membantu kita, walaupun kerjaya mereka jarang mendapat tumpuan.

Sambutan ini merupakan satu contoh yang baik dalam menampilkan sifat baik hati dan empati serta bakal diingati oleh semua orang yang menyaksikannya.

BACA: Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Sumber: Startup Pakistan & ProPakistani

The post Pelajar Universiti Anjur Majlis Perpisahan Meriah, Hargai Jasa Pemandu Bas Nak Bersara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*