Berupaya Tingkatkan Hasil Ladang, Klon Sawit Berkualiti Tinggi CPS3 Berjaya Dihasilkan

Klon sawit berkualiti tinggi cps3

Berupaya Tingkatkan Hasil Ladang, Klon Sawit Berkualiti Tinggi CPS3 Berjaya Dihasilkan

Malaysian Palm Oil Board (MPOB) bersama Kulim (M) BHD dilaporkan berjaya menghasilkan klon sawit yang berkualiti tinggi.

Klon sawit yang dinamakan sebagai Clonal Palm Series 3 (CPS3) itu adalah merupakan klon pokok sawit terbaharu yang berupaya meningkatkan produktiviti ladang.

Klon pokok itu dikatakan mampu menghasilkan buah tandan yang segar dan lebih tinggi berbanding sawit biasa.

Kejayaan hasil inovasi itu telah diumumkan MPOB menerusi hantaran mereka di Facebook pada petang semalam.

Tambah hantaran itu, kejayaan tersebut telah dibuktikan menerusi penghasilan sawit CPS3 yang ditanam di Ladang Kulim (Malaysia) Berhad.

“Sebagai bukti, CPS3 yang telah ditanam di Ladang Kulim (Malaysia) Berhad telah menghasilkan buah tandan segar yang lebih tinggi berbanding bahan tanaman baka kacukan dura dan pisifera (DxP),” tulis kenyataan itu.

Hasil yang diperolehi menerusi penanaman CPS3 adalah sebanyak 37.5 peratus minyak setandan dengan berat buah tandan segar 221.7 kilogram.

Penghasilan tanaman CPS3 sama seperti saranan ahli biak baka sawit

Selain itu, kepadatan pokok yang ditanam juga berupaya memperolehi sehingga 136 pokok bagi sehektar ladang sawit.

“Klon CPS3 yang ditanam dengan kepadatan 136 pokok sehektar, menghasilkan 37.5 peratus minyak setandan. Dengan berat buah tandan segar (BTS) 221.7 kilogram bagi setiap pokok dalam tempoh setahun.

“Nisbah minyak kepada tandan dan buah tandan segar klon CPS3 ini masing-masing adalah 21.8 peratus dan 7.6 peratus. Nisab itu lebih tinggi berbanding pokok sawit (DxP) yang ditanam secara komersial di Malaysia,” tambah kenyataan itu lagi.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Difahamkan, CPS3 juga dikatakan mampu menghasilkan bilangan tandan yang lebih ideal dengan hampir 15 tandan setahun dan seberat 15 kilogram setandan.

Bilangan itu sama seperti saranan yang disarankan oleh ahli biak baka sawit.

Sumber: Facebook/Malaysia Palm Oil Board (MPOB)

The post Berupaya Tingkatkan Hasil Ladang, Klon Sawit Berkualiti Tinggi CPS3 Berjaya Dihasilkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*