“Papa Tak Sebaik Mana Mama Impikan… Papa Doakan Mama Dapat Lebih Baik..” – Tunang Zarina Anjoulie Mahu Terus Jadi Sahabat

“Kita mampu merancang, Allah yang menentukan. Papa tak sebaik mana yang mama impikan. Kita berdua masih ada kekurangan. Semoga kita akan terus menjadi sahabat. Papa doakan mama dapat orang yang lebih baik.

“Terima kasih atas cinta mama kepada papa. Hanya Allah dapat membalas di akhirat kelak. I love you mama,” itulah tulis tunang pelakon Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey dimana dia memuat naik hantaran yang seolah memberi bayangan mengenai ikatan pertunangan mereka yang didakwa sudah putus.

Menerusi perkongsian di TikTok Story, Khazrul Elzey meluahkan bahawa dia bukan orang yang baik serta berharap mereka akan terus bersahabat. Dalam pada itu, Khazrul Elzey turut mengucapkan terima kasih buat tunangnya itu diatas cintanya.

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan pelakon Zarina dengan Khazrul Elzey, selepas Zarina bertindak memadam gambar serta video bersama tunangnya sehingga menimbulkan tanda-tanya dikalangan netizen.

Malah, perkongsian terbaru Zarina turut mencetuskan spekulasi apabila memuat naik video di Instagram dengan kapsyen seperti patah hati.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*