Pihak Berkuasa Indonesia Bakar Ladang Ganja Seluas 11 Ekar Yang Ditemui Oleh Dron

Pihak berkuasa Indonesia bakar ladang ganja

Pihak Berkuasa Indonesia Bakar Ladang Ganja Seluas 11 Ekar Yang Ditemui Oleh Dron

Pihak berkuasa Indonesia pada Rabu dilaporkan telah membakar ladang ganja di wilayah utara Aceh selepas ia ditemui oleh dron, lapor CTV News.

Pasukan bersama Agensi Narkotik Kebangsaan dikenali sebagai BNN dan Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan telah menggunakan dron untuk mengesan ladang 11 ekar tersebut.

Ladang ganja itu dianggarkan memiliki 21,100 pokok ganja yang telah sedia untuk dituai, kata Wayan Sugiri, timbalan pembasmian di BNN.

Difahamkan operasi udara itu telah dijalankan dari 3 hingga 13 Ogos lalu di kampung Teupin Reuseup di daerah Aceh Utara.

Dalam pada itu, operasi itu dikatakan telah melibatkan lebih 150 pegawai polis, kastam dan BNN bagi mencabut 20 tan ganja yang selesai dibakar pada semalam.

“Ini adalah satu bentuk ketegasan kerajaan terhadap dadah haram dan penjualannya,” kata Sugiri.

Menurut Sugiri, pembakaran itu adalah yang kelima dilakukan pada tahun ini.

Pada bulan Mac lalu, pihak berkuasa dilaporkan telah membakar 106 ekar dengan anggaran sebanyak 190,000 pokok ganja di negara tersebut.

Indonesia yang merupakan negara dengan majoriti penduduk Islam paling ramai didunia dengan tegas telah melarang penggunaan ganja, walaupun untuk tujuan perubatan.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Sementara itu, beberapa negara di Asia Tenggara seperti Thailand telah membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.

Tahun lalu, Mahkamah Perlembagaan Indonesia telah menolak semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara di mana semakan itu dibuat bagi membuka jalan untuk menghalalkan ganja bagi tujuan perubatan.

Tinjauan Dadah Global 2019 mengatakan bahawa ganja adalah ubat yang biasa digunakan di dunia selepas alkohol dan tembakau.

Menurut data 2022 daripada BNN, ganja juga merupakan dadah terlarang yang paling banyak digunakan di Indonesia.

Agensi itu menganggarkan bahawa sebanyak 4.8 juta orang menggunakan dadah di negara tersebut.

Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah berkata bahawa Indonesia adalah hab kepada penyeludupan utama bagi kegiatan dadah.

Walaupun negara itu mempunyai undang-undang dadah yang paling ketat di dunia, negara itu tetap menjadi sasaran utama bagi sindiket dadah antarabangsa.

@skynews

#Indonesian #authorities #burned down an 11-acre #cannabis #farm in the #northern province after it was discovered by drones.

♬ original sound – Sky News

Sumber: CTVNews

The post Pihak Berkuasa Indonesia Bakar Ladang Ganja Seluas 11 Ekar Yang Ditemui Oleh Dron appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*