Bila Akan Dapat Bayaran Pencen Jika Bersara Awal? Ini Jawapannya

bayaran pencen

Bila Akan Dapat Bayaran Pencen Jika Bersara Awal? Ini Jawapannya

Segelintir penjawat awam memilih untuk bersara awal atas pelbagai faktor seperti beralih bidang, keluarga dan sebagainya.

Berdasarkan tempoh perkhidmatan dalam sektor kerajaan, terdapat golongan pesara awal yang masih layak mendapat bayaran wang pencen.

Walaupun tidak dapat meneruskan perkhidmatan sehingga mencapai waktu persaraan yang dipilih sewaktu mula-mula dilantik sebagai penjawat awam, mereka juga masih layak memperoleh bayaran pencen seperti penjawat awam yang bersara wajib.

Sebelum itu, kita perlu melihat syarat-syarat yang perlu dipenuhi jika seseorang penjawat awam ingin membuat permohonan persaraan pilihan.

Pertama sekali, pemohon mestilah berusia tidak kurang daripada 40 tahun ketika permohonan mula dibuat. Selain itu, pemohon perlu mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan dan bebas daripada sebarang siasatan ataupun tindakan tatatertib.

Pemohon juga perlu melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berkhidmat tidak kurang dari 10 tahun.

Bilakah faedah persaraan akan mula dibayar bagi penjawat awam yang bersara awal?

Untuk pengetahuan, terdapat beberapa jenis faedah persaraan yang akan dibayar kepada penjawat awam selepas bersara.

Antaranya ganjaran perkhidmatan, gantian cuti rehat (GCR) dan sudah semestinya pencen perkhidmatan. Bagi ganjaran perkhidmatan dan GCR, pesara akan mendapat faedah ini pada tarikh persaraannya.

Akan tetapi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pencen perkhidmatan hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen.

Bagi penjawat awam yang dilantik sebelum 12 April 1991, bayaran pencen akan mula dibayar apabila pesara mencapai usia 45 tahun bagi semua pegawai perempuan dan bagi pegawai lelaki di jawatan:

  1. Pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah
  2. Pegawai Polis berpangkat rendah
  3. Pegawai Penjara Berpangkat rendah
  4. Jururawat lelaki di Hospital mental

Manakala, pegawai lelaki yang memohon persaraan pilihan selain daripada jawatan dinyatakan sebelum ini akan mula mendapat pencen ketika berusia 50 tahun.

Bagi penjawat awam yang dilantik selepas 12 April 1991, pencen perkhidmatan akan mula dibayar ketika pesara berusia 55 tahun, tidak mengira jantina mahupun jawatan.

Anda boleh melihat faedah persaraan yang layak diberi kepada penjawat awam seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah ini.

pencen
Kredit: JPA
Kredit: JPA

Borang Dan Dokumen Urusan Persaraan Pilihan

Jika anda membuat keputusan untuk bersara awal, berikut merupakan borang dan dokumen yang perlu disediakan untuk memohon persaraan pilihan.

  1. Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara.
  2. Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan.
  3. Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan/ Pengasingan Caruman Kerajaan Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan.
  4. Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang.
  5. Borang JPA.BP.UMUM.B02 Pin. – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan).
  6. Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Borang Daftar Anak Kurang Upaya Tanggungan Pesara.
  7. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti.
  8. Salinan Sijil Nikah/ Sijil Daftar Perkahwinan.
  9. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami/isteri.
  10. Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun (tiada had umur bagi anak cacat).
  11. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor akaun bank.
  12. Surat permohonan persaraan pilihan daripada anggota (bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan Sahaja).
  13. Surat kelulusan persaraan pilihan (bagi pegawai perkhidmatan awam negeri sahaja).

BACA: Rasa Nak Bersara Awal, Ketahui Syarat-Syarat Sebelum Mohon

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam 

The post Bila Akan Dapat Bayaran Pencen Jika Bersara Awal? Ini Jawapannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*