Keputusan SPM Ulangan 2023 Pada 12 Oktober

Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa keputusan  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2023 akan  dikeluarkan pada 12 Oktober 2023 (Khamis). Seramai 8,586 orang calon  telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023  di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU  Tahun 2023 melalui kaedah berikut: 

  1. secara dalam talian di pautan myresultspmu.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 12 Oktober 2023 sehingga  pukul 6.00 petang pada 18 Oktober 2023; dan/atau 
  2. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan  ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip  SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.  Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada  12 Oktober 2023 sehingga pukul 6.00 petang pada  18 Oktober 2023

KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan  peperiksaan SPMU Tahun 2023. 

The post Keputusan SPM Ulangan 2023 Pada 12 Oktober appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*