Bilik Air Berbau? Ini ‘Rahsia’ Pastikan Ia Sentiasa Wangi, Guna 2 Bahan Mudah Je

Tips Bilik Air sentiasa wangi

Punyai bilik air yang sentiasa wangi memang impian semua penghuni rumah. Mana tidaknya, kalau ada tetamu datang ziarah, kita tidak akan segan kerana bilik air berbau harum.

Hal ini kerana kebanyakan orang mengatakan jika ingin melihat kebersihan sesebuah rumah, lihat pada bilik air atau tandasnya terlebih dahulu. Jika tandas pun dijaga dengan elok apatah lagi kebersihan di dalam rumahnya.

Memang tidak dinafikan, anda mungkin pernah mencuba bermacam-macam jenis produk wangian tandas, sama ada dalam bentuk pepejal, gel atau sebagainya, namun bukan semua baunya tahan lama tambahan lagi, harganya juga bukanlah murah.

Jadi ada cara lain ke yang lebih jimat? Sudah pasti. Jadi, jika bilik air anda mempunyai masalah seperti bau yang kurang menyenangkan, anda boleh aplikasikan teknik ini, mana tahu ia berkesan untuk bilik air anda.

Tips Bilik Air sentiasa wangi
Gambar Hiasan | Kredit: Hello Doktor

Lebih menarik lagi, teknik atau tips yang dikongsikan di laman TikTok oleh @ciklynalias ini boleh dikatakan ‘murah’ kerana hanya menggunakan dua bahan terpakai yang dijamin ada di rumah anda.

Sila ikuti perkongsian ini untuk mengetahui bahan apa yang telah digunakan oleh @ciklynalias sehingga perkongsiannya di TikTok ditonton 1 juta kali, 30,000 tanda suka, 1,218 komen yang ditinggalkan dan 7,961 perkongsian (setakat artikel ditulis).

Menurut video berdurasi 36 saat itu, @ciklynalias berkata dia menggunakan dua bahan mudah sahaja iaitu pelembut pakaian dan ubat gegat serta satu bekas kosong. Jimat dan murah, bukan?

Mula-mula, masukkan ubat gegat dalam satu bekas kosong kemudian campurkan dengan cecair pelembut pakaian. Setelah selesai, simpan pada satu bahagian dalam bilik air tersebut. Dijamin, bilik air anda dipercayai akan setiasa wangi.

Melihat kepada perkongsian @ciklynalias, anda juga boleh menggunakan jenis pelembut pakaian atau ubat gegat selain daripada yang ditunjukkan di dalam video tersebut. Terpulang kepada ada untuk variasikan bahan tersebut, yang penting hasilnya adalah seperti yang anda inginkan.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet meninggalkan komen positif dengan mengucapkan terima kasih atas perkongsian dan akan mencuba tips ini untuk bilik air mereka, seperti berikut:

Tips Bilik Air sentiasa wangi
Kredit: @ciklynalias | Tiktok

 

Tips Bilik Air sentiasa wangi
Kredit: @ciklynalias | Tiktok

 

Berikut video dilampirkan untuk tontonan umum:

@ciklynalias

Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut. Sharing is caring ✌ #tipspewangibilikair #bilikairkekalwangi #ciklynalias

♬ original sound – Azlin Alias – Azlin Alias 💕

The post Bilik Air Berbau? Ini ‘Rahsia’ Pastikan Ia Sentiasa Wangi, Guna 2 Bahan Mudah Je appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*