BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 3.00 Peratus

kadar OPR 3.00 peratus

BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 3.00 Peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata asas kepada 3.00 peratus.

Dalam satu pernyataan dasar monetari yang dikeluarkan hari ini, bank pusat berkenaan memberitahu kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR meningkat kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Selain itu, BNM juga mengatakan keadaan ekonomi dijangka bakal menjadi lebih baik atas beberapa faktor.

BACA: Ketahui Apa Itu ‘Overnight Policy Rate’ (OPR) & Kesannya Pada Anda

Antaranya, permintaan dalam negeri, sokongan keadaan pasaran pekerja serta pemulihan ekonomi China yang lebih baik daripada jangkaan.

BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat.

“Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat.

“Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, terutamanya disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing,

“Inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara ketara termasuk berikutan tekanan yang berterusan dalam sektor perbankan,” katanya.

Mengembalikan pada paras yang sepatutnya

Oleh sebab itu, MPC bertindak untuk mengakhiri rangsangan monetari dan mengembalikan tahap akomodasi kepada paras yang sepatutnya.

“Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai bahawa kini adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

“Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi,” jelas BNM dalam satu kenyataan.

MPC juga mengakui, perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan.

Pada akhir kenyataan, BNM memaklumkan pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri, ” katanya.

Mac lalu, BNM mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menurut BNM, pada ketika itu terdapat beberapa perkembangan positif seperti pembukaan semula ekonomi China dan pertumbuhan yang lebih baik daripada jangkaan dalam ekonomi utama, yang disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

BACA: Abai & Aniaya Bella: Siti Bainun Dipenjara Berjumlah 22 Tahun

Sumber: Bank Negara Malaysia

The post BNM Naikkan Kadar OPR Kepada 3.00 Peratus appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*