Hak Peru Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B17 Ditarik Balik

Peru Piala Dunia B17

Hak Peru Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B17 Ditarik Balik

LIMA — Selepas Indonesia, kini giliran tuan rumah Peru ditarik balik kelayakan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B17) 2023.

Menerusi satu kenyataan rasmi semalam, badan sukan bola sepak dunia itu mengambil keputusan selepas mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bola Sepak Peru (FPF).

Difahamkan, kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung bermula dari 10 November hingga 2 Disember tahun ini.

Hak Peru Dibatalkan Piala Dunia B17  Oleh FIFA

“Langkah ini dibuat selepas menilai apsek kecekapan tuan rumah (Peru) yang tidak dapat memenuhi komitmen dalam menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi kejohanan itu.

“Walaupun kerjasama antara FIFA dan FPF adalah positif, namun keputusan telah dimuktamadkan. Badan itu tidak mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan pelaburan yang diperlukan.

“Tambahan lagi, ia juga tidak dapat menyelesaikan kerja yang diperlukan dengan Kerajaan Peru sebelum tarikh mula kejohanan.” kata FIFA.

BACA JUGA: Kecewa Tak Jadi Tuan Rumah, Jurulatih Indonesia Berkurung Dalam Bilik

Sehubungan itu, FIFA mengucapkan terima kasih kepada FPF atas usaha yang diberikan.

“FIFA ingin mengucapkan terima kasih kepada FPF atas usaha mereka. Kami tetap terbuka untuk menganjurkan pertandingan bersama Peru pada masa hadapan,” kata FIFA dalam kenyataan tersebut.

Jelas FIFA, pihaknya akan mengumumkan tuan rumah baharu dalam tempoh terdekat.

Indonesia Dilucutkan Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20

Kurang seminggu lalu, FIFA dalam satu kenyataan mengambil keputusan untuk menarik balik kelayakan Indonesia selaku tuan rumah Piala Dunia B-20.

Keputusan itu diambil kira selepas Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dan Presiden FIFA, Gianni Infantino mengadakan pertemuan.

Lebih teruk lagi, PSSI juga berpotensi dikenakan penggantungan yang bakal dibincangkan kemudian.

Menurut FIFA, penarikan itu dibuat susulan kontroversi membabitkan penyertaan Israel dalam kejohanan berkenaan.

Tambahan lagi, kehadiran pasukan Israel ke beberapa wilayah negara itu yang menjadi medan perlawanan juga tidak dibenarkan oleh gabenor wilayah masing-masing.

Untuk makluman, Piala Dunia B20 dijadualkan berlangsung bermula 20 Mei sehingga 11 Jun ini.

Sumber: FIFA

The post Hak Peru Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B17 Ditarik Balik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*